Vitamin Untuk Kulit Flawless Harga Rahmah

Vitamin Untuk Kulit Flawless Harga Rahmah

Ramai dah celik tentang penjagaan kulit. Mereka tidak lagi bergantung kepada skin care semata-mata. Vitamin kulit juga sangat-sangat penting.

Secara luaran kita jaga kulit dengan skin care. Untuk dalaman, kita mesti bantu dengan vitamin untuk kulit. Barulah boleh dapat kulit Flawless tanpa Cela

Kulit Flawless dengan Protein

Protein adalah penting untuk hasilkan sel badan. Apabila badan cukup protein, fungsi setiap organ boleh dijalankan dengan baik. Badan akan rasa cergas dan lebih sihat

Untuk kulit pula, protein bantu kita hasilkan sel-sel baru menggantikan sel mati. Kulit kita akan renew ke sel baru setiap 28 hari (remaja). Sel mati akan digantikan dengan baik apabila badan cukup protein

Jika badan kurang protein, mungkin proses ini akan terencat. Kulit mati boleh buat kulit kita nampak kusam dan tidak bermaya.

Ia juga melambatkan proses memudarkan parut. Kita kena pastikan badan kita cukup protein untuk dapatkan kulit flawless

Minuman protein pilihan saya pastinya ESP Shaklee

Baca lanjut : Kulit Cantik Dengan ESP Shaklee: 3 Rahsia Tergempar

Kulit Tanpa Masalah Dengan Vitamin C

Selain dari protein, vitamin kulit yang paling popular adalah vitamin c. Banyak juga produk skincare yang menggunakan vitamin c sebagai bahan dalam produk mereka.

Vitamin C sangat terkenal untuk kurangkan masalah pada kulit seperti jerawat dan kedutan. Ia membantu penghasilan kolagen bagi menegangkan kulit.

Wanita yang telah berumur amat perlukan vitamin seperti ini. Mereka adalah golongan wanita yang selalu alami kulit berkedut dan tidak anjal lagi.

Baca lanjut : 3 Kesan Baik Vitamin C Bantu Ubati Jerawat

ESP dan Vitamin C Shaklee untuk Kulit

ESP Shaklee atau Energizing Soy Protein adalah minuman yang lazat dan kaya dengan nutrisi protein berasaskan tumbuhan. Ia menggalakkan pembaharuan sel kulit pada kadar optimum agar dapat mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

Jadi dengan mengamalkan minum ESP Shaklee setiap hari , ianya dapat membantu :-

  1. Kulit Jadi Lembap
    Membantu mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan kulit yang optimum
    Merangsang pengeluaran asid hyluranik untuk mengikat dan mengekalkan air dalamsel-sel kulit.
  2. Kulit Tampak Lebih Muda
    Menambah baik penampilan keseluruhan kulit dengan mencegah proses penguraian kolagen dan elastin
  3. Kulit Yang Licin Dan Tona Kulit Lebih Sekata
    Mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang cantik, berseri

5 Tugas Vitamin C untuk Kulit

Dari post Vitamin C ini, saya listkan 5 tugas vitamin c

Tugas 1 : Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

Tugas 2 : Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

Tugas 3 : Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Tugas 4 : Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

Tugas 5 : Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Ida Ifaz

One thought on “Vitamin Untuk Kulit Flawless Harga Rahmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *