Tips Travel : 6 Tips Cari Makanan Halal

Tips Travel : 6 Tips Cari Makanan Halal

Travel memang seronok dan jadi hobi bagi sesetengah orang. Ida pun rasa best kalau travel walaupun baru pergi 3 negara. As Muslim, ada satu perkara yang selalu buat kita risau – makanan Halal! Ida jumpa satu web ni yang share tips travel untuk siapa nak tahu pasal cara cari makanan halal.

Tak kira betapa seronoknya melancong, satu benda sentiasa buat kita was-was; mampukah kita cari makanan Halal?

Nak makan kat restoran baru dalam bandar asing ke, atau singgah kat kedai tepi jalan, as Muslim, kena pastikan bahan dan proses masakan betul Halal sebelum kita makan

Nah, dalam artikel ni, Ida akan share web yang akan bantu atasi masalah ni. Ia juga bagi panduan Halal yang best yang boleh kita refer

Apa sebenarnya makanan Halal ni?

Makanan Halal ni apa dia? Dengan ayat mudah makanan yang Allah benarkan kita makan seperti disebut dalam Al-Quran, Surah Al-Ma’idah:
”Mereka bertanya kepadamu, hai Nabi, tentang makanan apakah yang halal bagi mereka. Katakanlah, ”Apa yang baik dan halal”. (Al-Quran, 5:4)

Yang tak Halal tu mainly ada arak, darah, dan daging babi (termasuklah produk-produk dihasilkan daripadanya). Ada juga contoh lain macam gelatin haiwan, rennet, digliserida tertentu, emulsifier atau e-nombor. Macam-macam lah lagi, banyak sangat kalau nak letak satu-satu.

Haiwan-haiwan tertentu yang disembelih dengan cara yang baik seperti disyaratkan, boleh dimakan oleh orang Muslim. Ada panduan yang ditetapkan dalam Islam untuk pastikan makanan yang boleh dimakan dan yang tak boleh.

6 Tips Mencari Makanan Halal ketika Melancong

Di sini ada dikumpulkan beberapa tips travel untuk menjadikan perjalanan lebih mudah ketika makan di luar dari web Theecomuslim.co.uk.

#1 Restoran Bertauliah Halal:

Biasanya ini menjadi keutamaan kita. Cari restoran yang mempamerkan sijil halal di sekitar premis mereka.

Ini ialah pilihan paling mudah dan selamat untuk mendapatkan makanan halal. Banyak negara telah membentuk persekutuan pensijilan halal yang mengambil kira aspek-aspek Islam dalam makanan.

#2 Pemilik Muslim

Jika tidak jumpa sijil halal di sesuatu tempat, periksa sama ada pemiliknya adalah seorang Muslim. Jika orang Muslim yang menguruskan kedai makan tersebut; biasanya ia boleh dipercayai tentang status halal makanan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana pekerja tidak sepenuhnya tahu tentang bahan-bahan yang digunakan. Bertanyalah jika kita tidak pasti

#3 Restoran Halal atau Haram

Hmm, ini situasi yang susah dan biasa berlaku.

Di banyak negara barat, anda mungkin akan menjumpai restoran (yang selalunya halal di negara kita) yang menjanjikan makanan halal tetapi juga menyajikan hidangan haram dalam menu (KFC, McDonald’s, Subways).

Mereka mungkin akan menggunakan dapur dan peralatan yang sama untuk memasak makanan halal dan haram. Yang pastinya, jika ini berlaku, ia melanggar syarat-syarat tentang makanan Halal. Jadi , kita kena tanya

Apa yang kita nak tanya

Tanyakan kepada tukang masak sama ada mereka

  • mempunyai dapur dan peralatan yang berasingan
  • menggunakan bahan halal
  • amalkan cara penyediaan makanan halal
  • dan guna daging yang halal.

#4 Makanan Vegetarian atau Makanan Laut

Nampak senang je pilihannya, kan? Tapi, jangan terkejut dulu. Walaupun sayur-sayuran tak perlu ikut peraturan halal/haram seperti juga makanan laut, tapi ada satu perkara yang perlu diingat; cara masakannya.

Ada restoran yang masak makanan dengan guna arak.

Ya, betul; ada yang gunakan arak sebagai perasa dan untuk masak. Disebabkan arak ni haram, jangan malu untuk tanya kat pemilik restoran jika mereka boleh masak tanpa letak arak.

Kalau restoran tu mesra Muslim, diaorang akan sediakan pilihan halal.

#5 Nak Beli Roti?

Asalnya, kita boleh je beli di vegan friendly punya kedai roti.

Tapi, Jangan ingat kedai vegan selamat ye. Kadang-kadang, ada juga cara yang haram dalam masak roti.

Ada yang guna wain, bir, ham, keju, lemak babi dalam pastri. Jadi, sebelum beli roti, pastikan kedai tu ada sijil halal, roti biasa pun kita kena check.

#6 Bawa Bekalan Makanan Sendiri

Ini pilihan terakhir. Kalau tak jumpa tempat halal dekat, bawa bekalan makanan sendiri adalah lebih selamat.

Mi segera, sandwich untuk makan on-the-go. Banyak dah pek kembara yang self heating dijual sekarang ni. Kena pastikan dulu pack sebegini boleh di bawa masuk ke negara tersebut atau tak.

Persiapan Sebelum Melancong

Menarik kan tips travel yang dikongsikan?

Selain dari tips travel di atas, jom baca tips tambahan – langkah yang boleh kita ambil sebelum memulakan perjalanan:

  • Tanya kawan-kawan dan keluarga jika mereka tahu tempat makanan halal di kawasan tersebut. Tempat-tempat seperti Trip Advisor dan laman web pelancongan mesra Muslim ada review-review ini – sebabnya ada je kedai makanan halal tempatan yang tak listed di google / internet.
  • Buat research sendiri dahulu Cari restoran halal berdekatan. Ini boleh jimatkan masa kita cari makanan halal
  • Carilah masjid yang terdekat. Anda boleh mendapatkan jawapan di situ dan mungkin juga bertemu dengan beberapa orang Muslim yang boleh menunjukkan kawasan sekitar.

Travel Percuma Bersama Shaklee

Ida memang ada pengalaman travel di luar negara, tetapi kurang pengalaman cari makanan halal ketika travel.

Ini kerana salah satu tempat yang Ida travel adalah Bangkok, salah satu trip PERCUMA dari Shaklee kepada yang layak.

Shaklee sangat mementingkan kebajikan kami yang Muslim untuk dapatkan makanan halal. Trip Shaklee ini juga mewah dan sangat best.

Nak tahu bagaimana nak dapat TRIP Percuma dari Shaklee? Hubungi Ida (019-3816167) atau klik http://www.wasap.my/60193816167/tripshakleepercuma

Pengedar Shaklee Kuantan

Ida Ifaz

One thought on “Tips Travel : 6 Tips Cari Makanan Halal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *