Setiap kali Promosi Kolagen, Saya pasti teringatkan Arwah.
Ia sudah hampir 3 tahun berlalu.
Pengalaman bersama seorang customer yang sangat tidak boleh dilupakan.
Sepanjang berbisnes Shaklee, ini adalah salah satu kejadian yang saya tidak boleh lupakan.
Jom baca entri saya copy-paste dari blog peribadi saya.
——————————————————————
Laaaamaaanya tak memblog.
Haha.
Bz menda ntah.
Bizi dengan bisnes shaklee.
How is my business. Alhamdulillah. semakin menggembirakan. Semakin ramai kawan, semakin banyak income. Ahak.
Entri hari ni adalah tentang kematian. Ya. ia sangat terkesan dengan saya, sejak suatu peristiwa dengan arwah customer saya. Ya, customer shaklee. Beliau adalah kak shida, biras kepada kakak saya. Abang ipar dan suami arwah adalah adik beradik.
Bulan 12 adalah bulan promosi collagen, saya sangat gembira apabila beliau adalah customer pertama saya, dan yang lebih menggembirakan, kak shida nak beli 2 kotak collagen.
Ini adalah PM terakhir beliau bersama saya. Lihat tarikh pada PM itu. Ya. 2 Dec. 2 Disember adalah birthday saya. Itulah berita paling menggembirakan saya pada hari itu.
Pada 4 disember pula, beliau ada membalas komen saya pada post tentang collagen.
Semoga Roh kak shida di rahmati Allah. Moga kekal tenang dan gembira di sana