Petua Hilangkan Jeragat Dengan Kentang dan Lemon
Pernahkah terfikir apa yang wanita paling bimbang tentang kecantikan? Pasti jawapannya adalah jeragat dan bintik hitam. Betul tak? Ini ada petua hilangkan jeragat yang saya jumpa.
Walaupun bintik hitam tak bahaya, tapi ia boleh kurangkan daya tarikan penampilan kita.
Mesti korang rasa kurang yakin kan bila kena berhadapan ramai orang kan?
Punca Jeragat
Tak perlu risau, girls!
Saya beberapa tips yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam ni. Jom baca.
Kebiasaannya, jeragat dan bintik hitam muncul bila kulit kita terdedah lama sangat dengan sinaran matahari.
Mungkin sebab kita suka berjemur tak guna sunscreen yang mencukupi. Sinaran ultraviolet tu memang boleh merosakkan kulit.
So, kita kena ambil tindakan yang betul untuk penjagaan kulit.
Tips Untuk Yang Elak Jeragat
Pertama sekali, amalkan rutin penjagaan yang betul.
Tak boleh malas-malas nak bersihkan, menyegar, dan melembapkan kulit setiap hari. Yang paling penting, jangan lupa pakai serum yang sesuai untuk melindungi kulit daripada jeragat.
Kalau korang aktif beraktiviti di luar rumah, sunscreen tu wajib, beb!
Petua dari Dapur
Nak cerita sikit pasal bahan semulajadi yang memang bagus untuk merawat jeragat dan bintik hitam ni.
Korang pernah dengar tak tentang lemon dan kentang? Saya jumpa petua hilangkan jeragat ni kat internet.
Dua-duanya memang hebat dalam hilangkan masalah jeragat ni.
Kentang, tak sangka kan, kaya dengan enzim khas yang boleh merangsang kekesatan kulit.
Plus, vitamin A, B, C, dan E dalam kentang tu boleh melambatkan proses penuaan kulit. Jadi, tak payah risau sangat tentang bintik penuaan dan pigmentasi tu.
Tunggu, jangan terkejut dulu!
Lemon pulak, korang tahu tak betapa serba gunanya bahan semulajadi ni?
Lemon memang terkenal dengan kandungan antioksidan tinggi dan vitamin C yang boleh mencerahkan kulit.
Dia boleh mengurangkan penghasilan melanin, mengecilkan liang pori, dan lawan jerawat!
Nak try? Senang je!
Cubalah sapukan jus lemon atau irisan kentang pada jeragat atau bintik hitam korang. Dah ramai yang dah cuba dan puas hati dengan hasilnya. Jerawat mula mengecut dan kering dalam masa beberapa hari je.
Memang best!
Kena Konsisten
Ingat, untuk dapatkan hasil terbaik, kena konsisten dalam penjagaan ni.
Jangan lupa, selain merawat kulit, jaga juga gaya hidup sihat dan pastikan pemakanan kita berkhasiat untuk kulit.
Kalau semua ni korang ikut, confirm jeragat dan bintik hitam korang akan semakin pudar dan kulit akan kelihatan lebih sihat dan cantik.
So, jangan biarkan jeragat dan bintik hitam mengganggu keyakinan korang.
Dengan tips dan bahan semulajadi yang saya kongsikan tadi, korang boleh punya kulit yang gebu dan menawan.
Nak jadi cantik tak susah pun, just a little bit of effort!
MASKER KENTANG DAN LEMON
Bahan-bahan:
- 1 biji ubi kentang
- 1 biji lemon
1. KENTANG dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. REBUS kentang sehingga empuk.
3. MASUKKAN kentang ke dalam pengisar bersama campuran air lemon. Kisar sehingga halus.
4. BAHAN pupur kentang lemon yang siap dikisar.
5. HASILNYA seperti dadih.
6. SAPU ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Alami aroma segar lemon dan biarkan ia meresap ke dalam wajah anda. Selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.