Masuk Banyak Seminar Bisnes, tapi Progress Sama Sahaja. Ini SEBABNYA..

Masuk Banyak Seminar Bisnes, tapi Progress Sama Sahaja. Ini SEBABNYA..

“Semangat gila bila baru balik conference, seminar bisnes. Dengar motivational speaker bercakap. Tapi, balik je rumah, jadi lemau semula.”

Ramai kan yang ada masalah macam ni. Saya tak cerita orang lain, saya sendiri pun macam ni juga.

Baru habis kelas, dah cari kelas lain. Kononnya nak naikkan motivasi. Tapi progress sama sahaja.

“Mountaintop Moment”

Masalah ini di ulas oleh seorang bestseller author, Kristen Boss dalam bukunya Pivot to Purpose. Kristen beri istilah “mountaintop moment”. Mountaintop merujuk kepada kem-kem motivasi yang selalu di atas bukit.

Bila sudah turun bukit dan kembali ke rumah, rutin lama kembali semula.

Orang yang ada Mountaintop Moment ini secara tidak sedar bergantung kepada motivasi dari luaran. Bila ada motivasi, baru dia semangat dan ada progress

Sentiasa tercari-cari kelas bisnes dan motivasi tetapi action untuk capai target tiada banyak beza.

Motivasi vs Misi

Macamana nak hilangkan masalah ini? Kita mesti hilangkan pergantungan kepada motivasi luaran.

Mesti ada misi , motivasi dari dalaman.

Misi = tujuan hidup melalui tindakan untuk capai end goal. Its about service to others!

Yup. SERVICE TO OTHERS.

Barulah masa kita sakit, down atau busy, kita masih lagi boleh bertindak dan bekerja. Tidak lagi tunggu motivasi datang dan cari seminar bisnes lagi

Macamana nak build misi ni? Kena tanya pada diri 13 soalan ini.

13 Soalan untuk Kenalpasti Misi / Big Why dalam diri

  1. Kenapa aktiviti ini berbaloi /perlu saya buat walaupun ketika masa saya rasa tak nak buat / masa kita down?
  2. Siapa yang bergantung/berharap kepada saya untuk beri motivasi saya sempurnakan aktiviti saya hari ni?
  3. Kenapa saya sanggup berhadapan kesusahan sementara ini demi misi /target saya?
  4. Kenapa penting saya buat aktiviti ni sekarang dibandingkan jika buat kemudian?
  5. Bagaimana saya nak orang bercakap tentang apa sumbangan yang saya dah buat lepas saya tiada nanti?
  6. Kalau saya tak buat aktiviti ini, apa akan jadi?
  7. Kenapa aktiviti ini penting walaupun saya tak nampak hasilnya lagi?
  8. Kenapa aktiviti ini masih berbaloi dibuat walaupun saya rasa kecewa?
  9. Apa yang buat saya percaya kepada kemampuan saya untuk buat tugas yang sukar?
  10. Apa yang saya fikir tentang diri saya apabila saya jadi seseorang yang kekal komited buat tugas yang sukar?
  11. Bagaimana kesusahan dan kekecewaan yang saya hadapi hari ini menjadi hadiah untuk diri saya masa akan datang?
  12. Apa yang diri saya yang akan datang cakap kepada diri saya yang sekarang bila lihat apa yang saya buat sekarang?
  13. Apa perkara yang saya perlu percaya kepada diri saya untuk saya kekal komited kepada aktiviti ini?

Selepas jawab soalan-soalan ini, akan datang satu kesedaran untuk kita kekal konsisten dalam aktiviti yang kita buat.

Kita akan lebih fokus dalam mencapai target kita, dan tidak mudah putus asa bila ada cabaran datang.

Buku Pivot to Purpose

Saya review info di atas dari buku Pivot to Purpose oleh Kristen Boss. Kristen Boss ada multi-millionair company dan menjadi motivational speaker yang terkenal di US.

Ia juga dijemput oleh Shaklee sebagai Guest Speaker di Global Convention Shaklee 2023 di Los Angeles, USA

Pengedar Shaklee Kuantan

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *