Kencing Manis Ketika Mengandung? 7 Cara Kawal Melalui Pemakanan
Sejak mengandung ni, banyak entri berkaitan dengan hamil dan mengandung aje. Hihi.
Kali ini Ida nak bercerita tentang masalah kencing manis ketika mengandung.
Sebenarnya ia berkait rapat dengan Ida sebab masa nak buka buku merah a few weeks ago, Ida kena lalui test kencing manis dulu – Prosedur MOGTT sebab dah cecah umur 35 tahun.
Dr Zubaidi beritahu wanita hamil yang mempunyai 9 ciri ini berisiko ada kencing manis ketika hamil:
1. Mengalami kencing manis ketika kehamilan yang lepas
2. Obesiti (BMI>30)
3. Umur > 35
4. Mengalami gula dalam air kencing (glycosuria) dalam dua kali pemeriksaan
5. Keluarga terdekat ada penyakit diabetes mellitus
6. Pernah melahirkan bayi lebih dari 4.0 kg
7. Pernah mengalami keguguran berulang atau kematian bayi dalam rahim tanpa diketahui punca yang sebenar
8. Pernah melahirkan bayi yang cacat pada kehamilan yang lepas
9. Pernah alami air tuban yang banyak dalam rahim (polyhydramnios)
Prosedur MOGTT
Bila ada salah satu ciri di atas, maka memang kena buat Prosedur MOGTT.
Ida kena prosedur ni sebab umur dah cecah 35 tahun tahun ni. Nak tak nak kenalah mengadap air gula sangat tidak best. hihi.
Caranya: kita kena puasa bermula pukul 10 malam hari sebelumnya, boleh minum air masak sahaja.
Pukul 8.00 pagi hari keesokannya, darah kita akan di cek kandungan gula. Kemudian diberi minum air gula.
Air gula yang kita minum tu adalah campuran 75g gula dengan 250ml air. Bayangkan betapa manisnya air gula itu.
Memang rasa nak muntah.
2 jam kemudian, bacaan gula kita akan di cek semula.
Jadual di atas menunjukkan paras bacaan yang doktor akan cek untuk pastikan kita tiada kencing manis.
Malangnya bacaan Ida hari tu selepas 2 jam lebih dari 7.8mmol/L. Maka perlu buat prosedur BSP pula.
Prosedur BSP(Blood Sugar Profile)
Gambar ditemani anak ketika sesi ambil darah untuk BSP |
Bacaan BSP kali pertama |
Cara #1 : Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang
Kita disarankan makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Pakar pemakanan yang nasihatkan Ida bagitahu, ia penting supaya dapat kawal dari kita makan banyak sekaligus.
Cara #2 : Makan makanan berserat tinggi
Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah.
- buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
- roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
- kekacang yang dikeringkan.
Cara #3 : Makan 5 jenis
- campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
- tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
- pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
- jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.
Cara #4 : Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu
- Gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
- Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
- Panggang makanan berbanding goreng;
- Buang lemak pada daging atau ayam.
Cara #5 : Jangan tinggal waktu makan
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.
Cara #6 : Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis
Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain.
Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.
Anda boleh cairkan jus buah dengan air.
Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.
Cara #7 : Makan sarapan yang berkhasiat
Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI.
Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara.
Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.
Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.
Apa itu Makanan Rendah GI?
Indeks glisemik (glycaemic index – GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya.
Memakan makanan yang rendah GI dapat bantu kawal penyakit kencing manis sebab ia ambil masa lebih lama untuk dihadamkan.
Beberapa contoh makanan yang rendah GI ialah:
- pasta yang diperbuat daripada tepung gandum durum;
- epal, oren, pir, pic;
- kekacang dan lentil;
- jagung manis;
- bubur.
Beberapa contoh makanan yang tinggi GI:
- kentang bakar;
- emping jagung;
- nasi putih (nasi perang mempunyai GI rendah);
- roti.
Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM
Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)
Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.
Kembali Selera Makan Selepas Morning Sickness
Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki.
Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir.
Disahkan GDM
Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi.
.
Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal.
Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga ‘bayi ESP’ oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.