Gaya Hidup Sihat untuk Orang Sibuk : 3 Tips Senaman dan Pemakanan Sihat

Gaya Hidup Sihat untuk Orang Sibuk : 3 Tips Senaman dan Pemakanan Sihat

Anda sibuk? Ramai orang sibuk mengaku mereka tiada masa nak amalkan gaya hidup sihat. Makan tidak menentu, dah lama tak senaman dan sentiasa stress.

Nak tidur pun susah. Mungkin anda boleh ikuti tips-tips ini.

3 Senaman untuk Orang Sibuk

Senaman adalah salah satu amalan gaya hidup sihat yang ramai abaikan. Lagi-lagi untuk orang sibuk. Ini adalah 3 tips yang boleh anda cuba :

Pertama : Video Senaman dari Youtube

Anda boleh mencari pelbagai jenis senaman seperti Zumba, yoga, atau pilates yang sesuai dengan keupayaan dan minat anda.

Pilihlah video yang pendek, misalnya 10-20 minit, supaya lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam jadual harian anda.

Kedua : Berjalan kaki

Berjalan kaki adalah aktiviti senaman yang mudah dilakukan dan tidak memerlukan peralatan khas. Gunakan masa rehat atau waktu makan tengahari untuk berjalan keliling pejabat atau sekitar kawasan berdekatan.

Sekali sekala boleh juga guna pengangkutan awam, atau parking kereta jauh sedikit supaya dapat berjalan lebih jauh

Ketiga : Strength Exercise

Strength Exercise boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan pemberat atau peralatan kecil seperti dumbbell atau resistance band.

Pilih beberapa exercise yang melibatkan berbagai kumpulan otot seperti squat, push-up, lunges, dan plank. Lakukan 2-3 set dengan 10-15 ulangan untuk setiap latihan.

Walaupun sekejap, ia memberikan kesan yang baik kepada otot dan membantu meningkatkan kekuatan otot.

3 Tips Merancang Pemakanan Sihat Untuk Orang Sibuk

Selain senaman, salah satu amalan gaya hidup sihat yang selalu orang sibuk abaikan adalah makan makanan sihat

Ramai pilih fast food untuk makan sekadar bagi kenyang kerana tiada masa. Ini 3 tips merancang pemakanan sihat yang mungkin membantu

Pertama : Plan Hujung Minggu

Ketika cuti hujung minggu, luangkan sedikit masa untuk merancang hidangan sepanjang minggu.

Senaraikan hidangan yang ingin disediakan untuk kita beli bahan mentah. Kemudian, ambil sedikit masa untuk masak dalam kuantiti banyak.

Bahagikan dalam bekas kecil supaya mudah dipanaskan bila hendak makan atau untuk dibawa bekal.

Dengan begitu, anda boleh menikmati hidangan sihat dengan mudah pada setiap hari tanpa perlu bimbang tentang apa yang perlu dimasak. Duit pun jimat.

Kedua : Perapan, Salad dan Ulam

Anda boleh buat perapan ayam atau ikan dengan perapan kegemaran anda. Banyak serbuk perapan ada dipasaran.

Masak ayam atau ikan yang telah diperap di dalam air fryer atau oven. Anda boleh buat kerja lain sementara ia dimasak.

Boleh tambah salad dan ulam mentah dalam hidangan jika tiada masa untuk masak hidangan sayuran goreng atau berkuah.

Ketiga : Hidangan Campur

Buatlah hidangan campur yang senang dan cepat dimakan. Contohnya, sediakan salad dengan campuran sayur-sayuran segar dan protein seperti ayam panggang atau ikan seperti contoh di atas

Atau, boleh juga sediakan nasi goreng sayur yang mudah dimakan.

Saya suka masak masakan seperti tomyam dan padprik yang ada campuran protein dan sayuran. Jika masak kari atau asam pedas ikan, saya akan masukkan banyak bendi atau terung sekali.

Sangat menjimatkan masa.

Dengan hidangan campur ini, anda boleh menikmati hidangan sihat dengan mudah tanpa perlu ambil masa lama untuk memasak.

Semoga tips-tips ini boleh membantu

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *