ESP Shaklee – 5 Soalan Yang Beri Info Ramai Ingin Tahu
“Tak boleh ke makan bancuh lebih dari 3 sudu?”
Itulah ayat pertama yang Ida tanya kepada upline Ida selepas pertama mencuba ESP pada tahun 2012. Tahun ini dah masuk 4 tahun Ida ambil ESP.
Sedap sangat rasanya sampai nak minum banyak-banyak.
First time Ida beli sekali dengan Mealshake dan Performance Drink. Masa tu Shaklee buat ia dalam satu set dipanggal Triple Gems.
Masa tu nak minum ESP Shaklee untuk bantu tambah tenaga dan bagi kenyang lebih lama. Memang sesuai ambil waktu pagi, boleh ganti breakfast terutama untuk ibu-ibu yang aktif dan sibuk macam Ida.
Ida akan kupas 5 Soalan berikut dalam entry ini
1. ESP tu Soya ke?
2. Penting ke Protein Untuk Badan Kita?
3. Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang?
4. Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?
5. Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?
ESP itu Soya ke?
ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.
Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)
Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.
sumber
Penting ke Protein Untuk Badan Kita?
Rasa tahu kelebihan sayur dan buah sebab banyak vitamin dan nutrien. Tapi tak ramai yang tahu protein pun jauh lebih penting untuk badan kita.
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang?
Anda mungkin ingat semua makanan sama aje, tapi sebenarnya ada makanan boleh buat anda kenyang lebih lama, ada yang tidak.
Makan oat akan bagi kita kenyang lebih lama dari makan nasi.
Makan roti yang penuh serat buat kita kenyang lebih lama dari makan roti putih
Macamana nak tahu makanan mana buat kita lebih kenyang, makanan mana yang tidak?
Kita boleh cek Indeks Glisemik makanan tersebut.
Indeks Glisemik tunjuk bagaimana satu-satu makanan karbohidrat itu boleh beri kesan kepada paras gula dalam darah.
Makanan yang ada Indeks Glisemik tinggi akan menyebabkan paras gula dalam darah naik segera dengan tinggi kerana makanan tersebut mudah ditukar kepada glukosa.
Makan makanan ada Indeks Glisemik yang rendah bukan sahaja boleh bantu kita bertenaga pada kadar yang lama, tetapi juga penting untuk kawal paras gula dalam darah supaya tidak terkena kencing manis.
Indeks Glisemik untuk ESP Shaklee adalah rendah iaitu bawah dari 55
Oleh sebab itu, ia sangat sesuai di minum oleh semua orang untuk kekal kenyang dengan lebih lama.
Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?
Sebenarnya ESP ni boleh dipelbagaikan cara bancuhnya.