Bisnes Online Terbaik di Malaysia – 3 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

Bisnes Online Terbaik di Malaysia – 3 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

10 tahun bukan masa yang sekejap. Pejam celik pejam celik, dah 10 tahun saya buat bisnes Shaklee secara part time dan mostly secara online. Ia adalah Bisnes Online terbaik yang pernah saya buat

Pernah Berniaga Tudung

Sebelum saya join bisnes online Shaklee, saya juga pernah membuat bisnes tudung. Saya mendapatkan stok tudung dari pembekal di Kuala Lumpur.

Kemudian, saya akan mengambil gambar-gambar stok. Gambar-gambar ini saya akan upload di page dan di blog untuk di jual secara online

Di samping itu, saya juga akan membawa stok ke rakan-rakan sepejabat untuk mereka lihat dan beli

Jadi model tudung yang sendiri jual

Kekal dengan Bisnes Online Shaklee, Tinggalkan Yang Lain

Selepas saya berjumpa dengan bisnes Shaklee, Alhamdulillah, saya kekal fokus dengan bisnes ini sehingga hari ini.

Saya tidak menyesal untuk tinggalkan bisnes lain selain dari bisnes Shaklee

Ini 5 Sebab utama mengapa Bisnes Shaklee jadi pilihan Bisnes Online Terbaik saya.

Sebab 1 : Bisnes Online High Demand Sepanjang Tahun

Semasa saya menjual tudung dahulu, saya bukanlah buat secara besar-besaran. Hanya kecil-kecilan sahaja.

Saya mengambil stok mengikut trend semasa.

Namun, trend tudung sering bertukar dan menyebabkan trend yang lama terpaksa dijual murah kerana permintaan jadi rendah. Kadang-kadang terpaksa jual dengan harga modal sahaja.

Duit modal untuk rolling juga tidak nampak hasil

Apabila saya join bisnes Shaklee, saya bersyukur kerana permintaan produknya sentiasa ada tidak kira masa.

Kalau jual tudung, permintaan tinggi bila nak raya. Tetapi, untuk shaklee, ia tetap ada permintaan sepanjang tahun.

Range produk juga luas, ada untuk semua golongan. Ada produk untuk :

  1. Lelaki
  2. Wanita
  3. Kanak-kanak
  4. Warga Emas
  5. Skincare
  6. Penjagaan rumah

Jadi, tidak perlu risau untuk kekal menjual di Shaklee kerana boleh fokus kepada sasaran produk yang pelbagai

Apabila seorang yang hamil membeli Set Hamil Shaklee, dia akan kekal membeli selepas berpantang – Set Berpantang Shaklee.

Apabila anaknya sudah besar, dia akan membeli produk untuk anak-anak. Dan dia juga akan membeli produk untuk ibu ayah yang sudah berumur juga.

Betapa besar sasaran produk Shaklee untuk siapa yang pilih buat bisnes online dengan Shaklee.

Sebab 2 : Sistem Online yang Friendly User – www.shaklee2u.com.my

Masa saya join Shaklee 10 tahun lepas, Shaklee belum ada sistem online. Kalau nak beli kena pergi branch. Untuk yang jauh dari branch, kena guna SMS atau call branch

Kemudian, masa Shaklee launch sistem online, ramai happy terutama yang jauh dari branch macam saya di Kuantan.

Awal-awal dulu sistem agak celaru. Tapi kini, sistem sangat stabil.

Untuk April 2023, Shaklee upgrade lagi sistem ke interface yang lebih minimalis dan friendly user

Ia juga sangat friendly user untuk mereka yang nak berbisnes.

Antara kemudahan yang disediakan untuk mereka yang nak bisnes online dengan Shaklee adalah:

  1. Poster-poster marketing
  2. Video-video
  3. Dokumen rujukan dalam bentuk pdf
poster-poster mesra media sosial

Anda baru dengan bisnes Shaklee dan tidak mahir berkaitan produk?

Pakar nutrisi Shaklee membuat kelas secara online setiap bulan untuk semua pengedar bagi membantu meningkatkan ilmu nutrisi. Bahan-bahan berkaitan kelas kesihatan juga ada disediakan di web Shaklee.

Bahan-bahan berkaitan kelas

Shaklee juga membantu meningkatkan motivasi untuk bisnes dengan sentiasa update jumlah sales dan bonus akan bakal kami dapat di web.

Ia membantu kami untuk membuat target berapa yang kami ingin dapat dalam bisnes ini.

Sebab 3 : Bisnes Online – Modal Permulaan yang Rendah

Tidak seperti bisnes online yang lain, modal permulaan untuk Shaklee tidaklah perlu keluar duit ribu-ribu.

Yuran keahlian shaklee hanyalah RM35 sahaja.

Dengan sign up sebagai ahli Shaklee, kita sudah pun entitle sebagai PENGEDAR SHAKLEE. Tidak perlu lagi membayar jumlah modal yang lain untuk layak jadi pengedar.

Semasa saya buat bisnes tudung dulu, modal yang perlu saya keluarkan sangat besar. Jadi, saya sangat beruntung bila berjumpa bisnes online terbaik di Malaysia ini – bisnes SHAKLEE

Baca lanjut : 9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Ingin tahu lebih lanjut tentang bisnes Online shaklee?

Kepada yang tercari-cari bisnes online yang sangat mudah dan nak buat secara part time seperti saya, boleh hubungi saya Ida ifaz (0193816167).

Lebih cepat anda decide, lebih cepat dapat extra income yang lumayan.

Ida Ifaz

4 thoughts on “Bisnes Online Terbaik di Malaysia – 3 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *