Bestnya projek #blogmegashaklee 1.0!

Bestnya projek #blogmegashaklee 1.0!

Projek #blogmegashaklee 1.0 dah pun berakhir minggu lepas. Projek 2 minggu yang diasaskan oleh Master Norita dan dibantu Master Salwa telah mendapat sambutan sangat-sangat mengujakan.

Penyertaan #blogmegashaklee 1.0 mencecah sehingga 200 peserta walaupun baru pertama kali diadakan. Pelbagai peringkat umur sertai projek ini.

Apa itu projek #blogmegashaklee 1.0?

Projek #blogmegashaklee 1.0 adalah projek membangunkan blog bersama-sama. Atas kata lain, menulis blog secara berjemaah.

Antara objektif projek ini adalah membantu membina semula gelombang penulisan berkaitan kesihatan.

Selain itu, ia dapat memberi ‘kickstart’ kepada yang baru berjinak dalam blog. Usaha murni yang diasaskan oleh Master Norita juga dapat membantu menghidupkan kepada budaya menulis dan sebarkan ilmu melalui penulisan.

Pernah menjadi blogger

Saya pernah menjadi blogger tegar satu ketika dahulu. Blog saya pernah mencecah jumlah view sehingga 2 juta.

Ya, passion saya adalah menulis. Di blog lama, saya banyak menulis tentang tips kesihatan dan kecantikan.

Konsisten menulis dari tahun 2012 sehingga mendapat view 2 juta

Banyak artikel yang saya tulis mendapat rank pertama di Google. Saya juga mendapat ramai kenalan. Blog juga bantu saya jana pendapatan kedua sehingga empat angka.

Saya rasa sangat gembira.

Sebelum blog Tip Sihat Selalu, saya pernah menjana pendapatan empat angka pertama melalui blog.

Blog Kursus VB 2009 telah dijumpai oleh seorang pegawai syarikat swasta dan menjemput saya menjadi pengajar pengaturcaraan di sebuah kilang.

Asalnya blog itu dibina adalah untuk rujukan rakan sekerja ketika memberi kursus di jabatan.

Pendapatan pertama sebagai pengajar sambilan 3 hari adalah RM1800. Pendapatan pertama ini telah membantu saya membeli peti ais yang saya guna sehingga hari ini.

Melalui blog juga, saya dapat pendapatan kedua dengan Shaklee.

Bisnes Shaklee banyak membantu saya meringankan beban tanggungan keluarga dari segi kewangan. Saya berjaya melangsaikan hutang PTPTN bernilai 30 ribu melalui bonus shaklee pada tahun 2016.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari

Kebahagiaan yang disangkakan berpanjangan, rupanya tidak terlepas dari ujian. Bermula dari tahun 2018, algorithm google dunia berubah serta merta.

Kedudukan blog kesihatan dan penulisan bidang lain terjejas teruk. View yang biasa cecah puluh ribu, jatuh hingga ratus-ratus sahaja. Marketing blog semakin sepi sejak view terjejas.

Dari pihak saya sendiri, walaupun view terjejas, ia tetap memberi pulangan yang baik walaupun merosot. Sehinggalah blog saya hilang dari ‘radar’ bermula Mac 2022.

Masalah kewangan servis provider telah mengheret blog saya untuk sama-sama hilang. Servis Provider yang sangat tidak bertanggungjawab gagal memaklumkan awal kepada semua client sehingga blog kesayangan saya tidak dapat dikembalikan sehingga hari ini.

Perasaan sedih dan sangat kecewa membuatkan saya serik untuk menulis semula.

Projek #blogmegashaklee yang memberi harapan

Pengumuman Master Norita untuk membuat projek #blogmegashaklee ini memang memberi harapan semula kepada saya.

Tawaran hadiah premium yang ditawarkan sangat-sangat menarik. Ramai yang berminat untuk sertai sehingga pendaftaran terpaksa dibuka untuk kali kedua.

Bagi saya sejujurnya bulan tawaran hadiah premium itu yang ingin direbut. Namun, ia telah mengembalikan semangat saya yang telah hilang satu ketika dahulu.

Saya kembali menjadi penulis blog semula. Saya bersedia cipta kejayaan yang pernah saya cipta satu ketika dahulu. Malah akan buat lebih baik lagi kali ini.

Entri pertama dan kedua di blog baru

Alhamdulillah, sejurus selepas pengumuman projek #blogmegashaklee 1.0 dibuat, saya terus hubungi encik Hanafi, seorang web developer untuk membeli domain dan hosting baru pada hari yang sama pengumuman dibuat. Begitu terujanya saya ketika itu.

Masa terbinalah SuplemenHebat.com

Artikel pertama saya di blog baru ini adalah berkaitan Intermittent Fasting . Artikel kedua pula berkaitan Set Kurus Shaklee. Selepas 3 minggu blog baru dibina, sudah 8 entri ditulis.

Mendapat hadiah sempena Submit Entri

Seperti yang dijanjikan oleh Master Norita, semua penyertaan mendapat hadiah. 25 orang terbaik mendapat hadiah Vivix berharga RM498 setiap sebotol.

25 orang seterusnya mendapat hadiah Collagen Shaklee berharga RM298 setiap satu. Baki peserta mendapat hadiah Nutriferon berharga RM198 setiap satu serta hadiah merchandise Shaklee yang lain.

Peserta yang memenangi hadiah dan berdekatan di sekitar Kuala Lumpur diraikan di satu majlis Health Talk di Shaklee HQ pada 18 Februari 2023. Saya berjaya mendapat hadiah ketiga iaitu Nutriferon.

Antara peserta yang berjaya terima hadiah
Alhamdulillah, hadiah dari Master Norita dah sampai semalam (28 Feb 2023)

Projek #blogmegashaklee 2.0 pula sudah bermula

Alhamdulillah projek #blogmegashaklee 2.0 pula sudah bermula. Sudah pastinya saya tidak akan ketinggalan untuk join bersama-sama komuniti penulis blog untuk bina semula blog ini.

Entri review tentang projek #blogmegashaklee ini adalah salah satu syarat untuk join bersama satu lagi entri yang menyusul.

Semoga usaha murni Master Norita ini diberkati dan Master Norita dilimpahkan rezeki melimpah ruah kerana menaja projek ini.

Kepada yang ingin belajar membina blog dan mendapat pulangan lumayan, boleh hubungi Ida Ifaz ye. Saya akan cuba bantu berdasarkan pengalaman membina blog lebih dari 10 tahun ini.

Ida Ifaz

2 thoughts on “Bestnya projek #blogmegashaklee 1.0!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *