Bercuti (3D2N) dan Main Indoor Theme Park di Berjaya Times Square
Alhamdulillah, ketika entry ni di tulis, Ida sudah berada di hari kedua bercuti di Berjaya Times Square KL Hotel.
Ida dan family booking di hotel ini untuk 3 hari 2 malam
Kenapa Berjaya Times Square Hotel?
Selain dari bajet terhad untuk ke tempat lebih eksklusif dan luar negara, kami lebih mengutamakan tempat yang mesra anak-anak.
Tahun lepas, kami bercuti di Bukit Gambang Resort City, hanya 45 minit dari rumah. Kami pilih tempat yang anak-anak boleh enjoy, walaupun kami tak berapa rehat dan bercuti.
Boleh baca pengalaman di sini : Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
Tahun ini, memandangkan musim hujan di merata tempat, tepi pantai dan kolam terbuka memang bukan pilihan.
Jadi, tiba-tiba teringat Time Square Theme Park yang pernah kami pergi 10 tahun lepas.
Jadi kami decide untuk booking hotel dan menginap di sini, mudah untuk pergi ke theme park. Hanya turun lift dan sampai. Hihi
Harga Tiket Hotel dan Theme Park
Sebelum booking, kami dah survey dahulu dua harga ini.
Untuk booking hotel, ada pakej menarik untuk keluarga.
Kami tertarik dengan pakej Feel Good Getaway kerana pakej tersebut ada termasuk sekali harga tiket ke theme park untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
Perbezaan dengan harga tiket biasa hanya RM30. Jika beli tiket asing untuk satu keluarga perlu bayar dalam harga RM100++.
Rujuk harga tiket theme Park di bawah.
Bezanya Hotel 5 Bintang Berjaya Times Square Berbanding Hotel Lain
Setanding dengan harganya, hotel ni memang eksklusif bagi Ida yang jarang duduk hotel mewah. Hotel 5 bintang lain yang pernah Ida duduk adalah Palace of Golden Horses
Tetapi, beberapa kelainan yang Ida rasa best adalah:
Design bilik yang menarik.
Design bilik hotel ini lebih menarik kerana ada petition/ pintu memisahkan ruang-ruang di dalamnya. Walaupun Ida rasa keluasannya lebih kurang sama dengan hotel lain, tetapi design ini memang jarang Ida jumpa.
Design ni menarik dan memang mengikut citarasa Ida, mungkin beza dengan citarasa orang lain.
gambar google |
Toilet dan Tempat Mandi Dipisahkan
Toilet dan Tempat mandi dipisahkan dengan satu pintu. Ia satu kelainan dan bagi Ida sangat memberi keselesaan.
Setiap ruang ada singki sendiri.
gambar google |
Ruang Pantri Ada Sinki, Iron Board Disediakan
Bilik Boleh Dibiarkan Tidak Off
Ada Kopi Freshly Brewed
Taman Tema Indoor
Ida pilih untuk ke taman tema di Times Square ni sebab pernah pergi sini dengan suami 10 tahun lepas, dan dah naik Roller Coaster kat sini.
Ada 2 bahagian taman tema: Kanak-kanak dan Dewasa
Untuk Dewasa memang sesuai untuk yang sukakan adventure sebab kebanyakan permainannya agak extreme.
gambar dari web berjayatimesquarethemeparkkl.com |
Semalam, Ida cuma masuk untuk teman anak-anak main sahaja memandangkan Ida mengandung. Suami aje sempat naik Roller Coaster dia yang best.
gambar dari web berjayatimesquarethemeparkkl.com |
Anak darjah 4 boleh dah join yang dewasa punya, tapi takut ekstrem pula.
Permainan-permainan ni sesuai untuk umur 3- 6 tahun kot. Amin memang suka sangat. Fun betul bagi dia. Abid pun suka.
Swimming Pool Best
Lepas rasa tak berapa best masuk taman tema, Arif dan Afiq dapat main best kat swimming pool hotel.
Swimming Pool kat sini sangat cantik.
Anak-anak memang enjoy
Cantik kan? ihsan gambar google |
Afiq, Arif dan Abid nampak sangat enjoy main swimming pool berbanding main di taman tema sampai taknak keluar dari kolam.
2 Benda Yang Tak Berapa Ida Suka
Dalam banyak-banyak benda best, mesti ada yang tak best kan?
2 Benda yang Ida agak kurang gemar kat sini pertamanya adalah toilet hotel tiada hos untuk berwudu’ dan bersuci.
Ida faham sbb hotel ni lebih ramai foreigner yang duduk, maka agak kurang selesa la kan, lagi-lagi ada anak yang masih membuang di dalam pampers.
Nak bersihkan agak mengelirukan juga.
Solutionnya, toilet dalam shopping mall lebih sesuai.
Satu lagi, tentang kos makan yang mahal. Nama pun tengah bandar kan? Terpaksa pilih untuk makan kat fast food dalam shopping mall.
Hari kedua punya lunch, kami makan Subway. Kos 6 orang RM60. Dinner di Pizza Hut, melantak sampai RM95 (pengsan)
Makan set untuk 4 orang RM60, ada tambah drummet, pizza tukar cheezy crust.
Banyak outlet luar, tapi malas nak drive dan mengadap jem tengah bandar KL. Lagipun kalau kami keluar, kena caj parking RM10 sehari.
Lepas ni, kena bawa Noxxa kot.
Vitamin Sepanjang Vacation
Bercuti dengan anak-anak aktif ni bukan mudah. Perlukan tenaga lebih, perlu fokus lebih. Kalau kita cepat letih, mudah nak stress.
Lagi-lagi Ida dah pregnant 5 bulan.
Husband pun asyik tanya “Ibu larat ke ni.. Ibu larat ke ni” Haha.
Amin mengamuk sambil campak kasut |
Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan
Breakfast Tambahan untuk Abid = RM29
Lunch Day 2(Subway) = RM60
Dinner Day 2 (Pizza Hut) = RM94
Total = RM1072
Syukur, Bajet untuk bercuti kali ini juga menggunakan bonus dari Shaklee. Memang berbaloi buat bisnes Shaklee.
Panjang betul entri ni, sarat dengan gambar.
Bisnes Shaklee memang berbaloi. Sambil makan dan tingkatkan kesihatan, ia boleh tambah income bulanan juga.
Ada yang nak join bisnes ni? Hubungi Saya 019-3816167 (Ida)
Wah bestnya….harga pun berbaloi..
bestnya…rasa nak pergi sekarang juga! tapi kena kumpul duit dulu..hehe