Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
Alhamdulillah.
Pada 21hb Disember yang lalu, saya sekeluarga (bersama suami dan 4 anak) telah bercuti ke Bukit Gambang Resort City. Kami tinggal di Resort selama 3 hari 2 malam dan masuk ke Water Park dan Safari.
Anak-anak sangat gembira dan enjoy sepanjang 3 hari 2 malam di sana.
Agak menyenangkan kerana tidak terkejar-kejar untuk masuk ke kedua-dua Park (Water Park dan Safari Park) dengan anak yang ramai.
Entry ini tiada banyak gambar. Memang cukup busy menguruskan anak, dan gambar kenangan tidak banyak boleh diambil.
Mungkin Entry ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berkira-kira bajet bercuti yang setara dengan bajet kami.
Bajet Resort
Resort di sana ada dua jenis.
Satu Arabian Bay Resort. Satu lagi Carrebean Bay Resort.
Kami pilih tinggal di Arabian.
Bilik yang paling murah adalah Arabian Studio Deluxe. Ada dua lagi jenis Arabian Family Deluxe dan Arabian Suite yang lebih mahal.
Beza Arabian Studio dan Arabian Family:
Studio: 1 Bilik, 2 katil junior queen, takde bath tub
Family: 2 bilik, 4 katil junior queen, ada bath tub, ada ruang tamu, pantry kecil.
Family Suite (sumber gambar bgrc.com.my) |
Studio Deluxe (sumber gambar bgrc.com.my) |
Sebagai seorang ibu yang ada anak-anak suka main air, 2 benda yang saya kurang gemar dengan bilik Arabian Studio adalah
PERTAMA: Tiada Bath Tub
KEDUA: Jauh dari Swimming Pool (jaraknya merentas blok, kena naik kereta kalau taknak penat)
Siapa yang nak tinggal berdekatan dengan swimming pool, kena pilih Arabian Family punya bilik.
Bajet : RM486 untuk 3D2N
Lepas GST, Harga jadi RM516(harga Promotion Cuti Sekolah)
Harga kat gambar bawah ni jadi beza sbb tarikh yg saya pilih bukan tarikh sebenar kami bercuti. Yang ini adalah harga untuk tarikh 23hb – 25hb Disember (ada cuti umum)
*harga bawah belum GST lagi.
Bajet Makan
Suraya Tomyam (sumber Google) |
Bajet Masuk Waterpark dan Safari
E-Value
Cabana (sumber gambar bgrc.com.my) |
Glasier River (sumber gambar bgrc.com.my) |
Wave Pool (sumber gambar bgrc.com.my) |
Antara yang saya suka di Waterpark dan Safari adalah booth makanannya ada di mana-mana walaupun di tempat-tempat jauh dalam Safari. Bukan setakat jual air, makanan pun ada.
Normal budget…
Normal budget…
tq for sharing info
Tq sharing…byk.pahala dpt bntu yg lain ejas oliday hihiii…tqtq
tq for sharing..bermanfaat bagi yang sedang merancang. detail infonya ��
Tq for sharing