Bahaya kekurangan Kalsium- Cegah sebelum Parah

Bahaya kekurangan Kalsium- Cegah sebelum Parah

Risiko kekurangan kalsium boleh meningkat seiring dengan usia dan mungkin tidak disedari. Beberapa masalah kesihatan yang lebih serius boleh berlaku jika tubuh kurang mineral penting ini.

Kalsium diperlukan oleh badan untuk membina kekuatan tulang dan gigi, serta memastikan jantung, otot, dan saraf berfungsi dengan sihat. Namun, keperluan kalsium bagi setiap individu berbeza.

Kanak-kanak berusia 0-9 tahun memerlukan sekitar 200-1,000 mg kalsium setiap hari. Manakala golongan berusia 10 hingga 50 tahun memerlukan sekitar 1,000-1,200 mg kalsium setiap hari.

Kesan dan Penyebab Kekurangan Kalsium pada Tubuh

Bagi sebahagian orang, terutama mereka yang mengalaminya dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai gejala seperti:

  • Kebas
  • Kejang dan sakit otot
  • Kejang
  • Masalah psikologi seperti depresi, kekeliruan dan mudah lupa
  • Kuku dan rambut yang rapuh
  • Mudah letih
  • Tulang rapuh atau mudah patah, meskipun tanpa kecederaan yang serius
  • Hilang selera makan

Baca : 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu

Kekurangan kalsium dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit yang lebih serius seperti:

  • Osteoporosis
  • Patah tulang
  • Penyakit rickets
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kanser, seperti kanser kolorektal, kanser rektum, dan kanser prostat
  • Preeklampsia semasa kehamilan

Tips Mencegah Kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin D, diet vegetarian, kesan sampingan ubat tertentu dan gangguan penyerapan nutrien. Beberapa penyakit dan keadaan perubatan seperti gangguan hormon, pankreatitis atau kekurangan albumin juga boleh menyebabkan kekurangan kalsium.

Untuk mengatasinya, pastikan makanan yang mengandung mineral ini selalu ada dalam menu makanan anda setiap hari.

Berikut adalah beberapa makanan sumber kalsium yang boleh anda ambil:

  1. Ikan laut, seperti ikan bilis , salmon, dan sarden
  2. Buah-buahan, seperti jeruk, kiwi, plum, stroberi, papaya, atau kurma
  3. Kacang-kacangan, seperti almond, dan edamame
  4. Sayuran, seperti brokoli, okra, bok choy, dan bayam
  5. Susu dan produk tenusu, seperti keju dan yoghurt
  6. Roti gandum dan sereal yang diperkaya kalsium

sumber : alodokter.com

Suplemen Kalsium

Jom dapatkan Ostenutrix, suplemen Kalsium dari shaklee yang bagus untuk mengatasi masalah kekurangan kalsium.

Hubungi Ida Ifaz (019-3816167) untuk mengetahui info lanjut tentang Ostenutrix

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *