Badan Banyak Lemak? Awas, Ini 3 Cara Ia Boleh Bawa Maut.

Badan Banyak Lemak? Awas, Ini 3 Cara Ia Boleh Bawa Maut.

” Saya badan aje besar, tapi tiada penyakit” Pernah dengar tak statement tu dari mereka yang ada badan banyak lemak?

Ya. Ida setuju dengan statement tu. Saiz tidak penting. Yang penting kita sihat dan bebas penyakit.

Sebenarnya Ida terjumpa satu artikel menarik dari buku kesihatan berkaitan badan banyak lemak. Badan besar dan banyak lemak sangat berisiko mendapat penyakit kronik

Lemak yang Ida maksudkan adalah Intra-abdominal fat/ Visceral Fat.

Apa itu Intra-abdominal Fat?

Intra-abdominal fat ni merujuk kepada lemak badan yang salut organ dalaman kita. Cuba tengok gambar jantung di bawah

Nampak beza kan antara yang kiri dan kanan?

Rasa-rasa jantung kita yang mana satu?

Pasti anda boleh bezakan yang mana sihat dan yang mana tidak sihat kan?

Menurut buku ni, wanita Asia berpotensi ada lemak jenis ini jika ukur lilit pinggang lebih dari 31.5 inci, manakala untuk lelaki Asia, ukur lilit pinggang melebihi 37.5 inci

Walaupun BMI anda cantik, tapi ukurlilit perut yang besar sebenarnya membawa bahaya.

Punca Intra-Abdominal Fat

Antara punca lemak ini wujud adalah cara pemakanan yang tinggi kalori, kurang senaman dan stress yang kronik.

Kerja yang kurang aktif dan banyak duduk juga boleh jadi punca.

3 Cara Badan Banyak Lemak Ini Boleh Bawa Maut

Lemak yang salut organ kita beza dengan lemak yang ada di bahagian badan lain seperti kaki dan tangan sebab ia boleh jadi penyebab sakit kronik. 

3 Cara Ia boleh mengundang penyakit kronik pembawa Maut:

1. Intra-Abdominal Fat boleh keluarkan lebihan asid lemak dan bahan penyebab keradangan ke dalam salur darah kita yang hantar darah ke bahagian organ lain

2. Lebihan lemak yang banyak ni boleh menyebabkan hati kita hasilkan lebih kolestrol jahat (LDL), rendahkan kolestrol baik (HDL) , tingkatkan paras gula dalam darah, dan kurangkan hormon adiponectin, hormon yang kawal paras gula dalam darah.

Ia tingkatkan risiko sakit jantung dan kencing manis.

3. Bahan penyebab keradangan yang dihasilkan oleh lemak tadi boleh tingkatkan pembentukan plak dalam dinding arteri, naikkan tekanan darah dan boleh buat darah bergumpal.

Ia boleh tingkatkan risiko serangan jantung.

Ia juga boleh menyebabkan kerintangan sel kepada insulin yang jadi penyebab pelbagai penyakit dari Alzheimer ke kanser. 

Nampak tak bahayanya lemak jenis ini?

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *