Anda Suka Makan Sayur / Buah Warna Ungu? Syabas. 5 Kelebihan Ini Pasti Milik Anda.
Ida harap tak terlambat untuk Ida ucap Selamat Tahun Baru walaupun dah masuk hari kedua tahun baru 2017.
Macamana azam tahun baru masing-masing?
Dah buat ke?
Moga azam untuk tingkatkan kesihatan dan ubah cara hidup kepada lebih positif tersenarai dalam list azam anda semua.
Hari ni terjumpa satu artikel tentang makanan berwarna ungu. Cuba teka apa sayur / Buah warna ungu yang anda ingat?
Ingat tak?
Kalau tak ingat, jom tengok gambar kat bawah ni:
Macam tak percayakan?
Jom tengok 5 sebab kena makan banyak buah / sayur warna ungu
1. Sayur / Buah Warna Ungu boleh bunuh Sel Kanser
Terkejut dengan kenyataan ni, biar betul?
Bukan saya yang kata, artikel yang saya jumpa ni tulis.
Resveratrol dalam anggur ungu, cranberry, blueberry, bilberry dalam banyak lagi boleh elak tersebarnya sel kanser usus berdasarkan satu kajian.
Kajian yang lain pula ada menunjukkan resveratrol boleh bunuh sel kanser seperti kanser prostat, payu dara, kulit, hati, paru-paru, dan kanser darah.
Kajian yang menarik.
2. Sayur / Buah warna ungu Dapat Kurangkan Ulser
Ada satu kajian tahun 2011 mendapati anthocyanins dalam blackberry boleh kurangkan pembentukan ulser perut dalam tikus.
Pengkaji percaya ia disebabkan oleh antioksida dalam blackberry yang elak pengoksidaan dan tingkatkan aktiviti antioksida penting yang lain seperti glutathione yang memang ada dalam badan.
3. Sayur / Buah Warna Ungu Bagus Untuk Hati
Tahu tak fungsi hati?
Hati tempat tapis darah yang datang dari sistem penghadaman. Ia bantu detox bahan kimia dalam badan. Ia tempat terhasilnya protein untuk elak darah bergumpal dan membeku serta banyak fungsi lain.
Pentingkan fungsi hati?
Haa. Sebab tu kita kena amalkan makan sayur / buah warna ungu sebab ia bagus untuk hati. Ia ada anthocyanins yang boleh kurangkan kerosakan pada hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
4. Sayur / Buah warna ungu Bagus Untuk Jantung
Blackcurrant boleh kurangkan kolestrol jahat sehingga 13% serta naikkan kandungan kolestrol baik.
Blackcurrant dan bilberry ada lebih anthocyanins dari blueberries. Berry liar mentah muda ada lebih kandungan antioksida dari berry mentah yang masak.
5. Sayur / Buah Warna Ungu Elak Jangkitan Pada Salur Kencing
Sayur seperti kobis bunga ungu, lobak ungu, kobis ungu mempunyai pigmen tumbuhan yang sama : anthocyanin.
Ia berfungsi untuk elak jangkitan pada salur kencing.
Kajian mendapati anthocyanin boleh lawan H. Pylori, bakteria yang jadi penyebab ulser perut dan jangkitan salur Kencing.
sumber: http://www.chatelaine.com/health/diet/five-health-benefits-of-purple-foods/
Vivix Mengandungi Sayur / Buah Warna Ungu
Susah nak makan sayur / buah warna ungu hari-hari? Jangan risau, sebab ada satu supplemen power Ida nak syorkan untuk anda ambil.
Namanya Vivix dan bentuk cecair. Mudah sangat makan.
Ia dibuat dari Sayur / Buah Warna Ungu
1. Muscadine Grapes (Anggur Muscadine)
Ini bukan anggur biasa yg kita boleh beli dipasaraya. Ia dikategorikan dengan “anggur super” kerana ia satu2nya anggur yang mempunya lebih dari satu kromosom.
Saiz anggur ini boleh mencapai saiz sebesar bola golf. Ia sangat tinggi kandungan polyphenol dan juga kepekatan resveratrol. Warna pekat ungu kehitaman menunjukkan ketinggian kandungan polyphenol.
Oleh kerana muscadine grapes ini tumbuh secara semulajadi, dia dikatakan mempunyai daya tahan penyakit yg tinggi untuk menentang kulat.
2. Purple carrot
Tumbuhan ini ditemui di Afghanistan. Dianggarkan wujud sejak 5000 tahun dahulu. Ia tumbuh dikawasan yg agak lembap.
Purple carrot dikatakan mengandungi 50% lebih tinggi beta-kerotin berbanding lobak biasa. Ia juga mengandungi banyak antioksida dan Vitamin A.
Purple carrot juga dikatakan mampu mencegah penyumbatan pembuluh darah (Artersklerosis) yg mengakibatkan penyakit seperti stroke dan penyakit jantung.
Antiviral, antimikrobial, antikarsinogen dan kandungan vitamin A, B, C dan E yg terdapat pada purple carrot menjadikan ia antara botanikal yg sgt tinggi nilainya dalam bidang kesihatan.
3. European Elderberry (Sambucus Niagra)
Satu lagi tumbuhan hebat yg terkandung dalam Vivix ialah European Elderberry. Gugusan buah berry yg berwarga gelap kehitaman ini kaya dengan vitamin A, B, C asid amino, karatenoid dan flavanoid.
Bila dilihat apa yg terkandung dalam elderberry ini sudah pasti kita faham bahawa vitamin dan nutrisi tersebut adalah sgt baik utk sistem imun, kesihatan kardiovaskular dan juga sangat bagus utk merendahkan paras kolesterol dlm darah.
4. Polyganum Cuspidatum
Polygonun cuspidatum juga dikenali sebagai Japanese knotweed.
Selain itu polygonum cuspidatum juga adalah yg memberikan warna hitam kepada ramuan vivix. Pekat dan gelap itulah yg memberikan keistimewaan yg tiada pada supplemen lain.