10 Amalan dan Doa Untuk Wanita Haid

Ada wanita, bila datang haid, rasa sedih tak dapat buat ibadah lagi-lagi bila kena bulan-bulan mulia macam bulan Ramadhan. Ini antara Amalan dan doa untuk wanita yang boleh diamalkan:

  1. Mendengar bacaan Al-Quran tanpa menyentuh mashaf Al-Quran.
  2. Membaca Tafsir Al-Quran untuk memahami dan mengkaji isi Al-Quran agar dapat memberi perspektif yang lebih jelas.
  3. Ucapan Zikir iaitu tasbih, tahmid, takbil, tahlil dan sebagainya.
  4. Membaca Al-Mathurat iaitu himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
  5. Berselawat ke atas Nabi saw sebagai bukti kecintaan dan ingatan kita kepada baginda.
  6. Istighfar untuk memohon taubat dan keampunan daripada Allah swt.
  7. Berdoa kepada Allah dalam perbagai cara dan pada bila bila masa yang sesuai.
  8. Mengulang surah yang lazim dibaca atau surah hafalan dengan merujuk kitab tafsir Al-Quran.
  9. Membaca Bahan Bacaan Agama tanpa mengira bentuk bahan bacaan.
  10. Mendengar kuliah dengan menghadiri majlis majlis ilmu sama ada secara fizikal atau secara maya.

    Jadi tiada alasan untuk terputus hubungan dengan Allah walaupun dalam keuzuran syarie.

Doa untuk wanita haid

Tuan guru Sheikh Muhd Zainul Asri ada share doa untuk wanita haid dalam video di bawah.

Untuk wanita yang sudah umur 40an dan ingin kekal sihat, boleh rujuk link di bawah ni ye

7 Vitamin penting Untuk wanita 40an

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *