8 Kebaikan Polifenol Dalam Vivix Yang Ramai Tidak Tahu
Pernah makan anggur? Tahukah anda anggur dan polifenol ni ada kaitan? Siapa yang nak kekal sihat sampai tua, kena baca apa yang saya nak tulis tentang kebaikan polifenol ni sampai habis.
Get ready?
Apa itu Polifenol?
Sebelum tu, jom Ida kongsi apa itu Polifenol. Polifenol ni adalah sejenis sebatian ye. Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.
Nak tahu macamana buah dapat warna? Salah satunya dari polifenol lah. Salah satu fungsi asal dia adalah melindungi tumbuhan daripada penyakit dan jangkitan.
Dengan kata lain, dia ni macam sistem pertahanan tumbuhan. Bila ada ancaman luar kepada tumbuhan, polifenol ni lah yang bertindak.
So, dia ni adalah antioksida yang kuat. Polifenol juga energy booster dalam sel serta tingkatkan kesihatan kita.
Ramai orang tak tahu kebaikan polifenol kepada tubuh badan kita. Siapa yang amalkan polifenol akan lebih bertenaga dan juga cergas. Jom baca apa lagi kelebihan polifenol secara spesifik.
Kebaikan Polifenol #1 : Kekalkan Tumpuan dan Fokus
Polifenol sangat membantu dalam fungsi otak.
Terdapat kajian yang melaporkan dengan minum jus anggur, surprisingly, significantly ia membantu meningkatkan ingatan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental yang mild.
Anggur ini dikatakan secara semula jadi, kaya dengan polifenol dan peningkatan ini dapat dilihat seawal 12 minggu, lebih kurang 3 bulan selepas pengambilan polifenol yang konsisten setiap hari.
Jadi ia sangat membantu untuk kekalkan tumpuan dan juga fokus.
Kebaikan Polifenol #2 : Membantu Detox Badan dan Turunkan Berat
Polifenol juga membantu untuk detox badan dan penurunan berat badan juga.
Kalau anda nak tahu, hati kita adalah salah satu organ dalaman yang terbesar dalam badan kita. Salah satu fungsi polifenol yang penting adalah untuk detoxifikasi toksin keluar daripada badan anda.
Dan kajian menunjukkan bahawa polifenol berpotensi baik dalam melindungi kesihatan hati. Ia membantu tubuh badan kita mengawal tekanan dalaman badan.
Jadi, dia akan kurangkanlah kesan kemerahan dan bengkak serta kurangkan kematian sel hati.
Dan penemuan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa polifenol ini daripada campuran botani yang serupa kesannya dengan puasa ataupun pengurangan kalori yang boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.
Kebaikan Polifenol #3 : Meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
Polifenol juga sangat bermanfaat untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan otot. Bermakna ia juga membantu meningkatkan prestasi senaman anda.
Anda tahu mitokondria tu apa? Ia menghasilkan tenaga utama sel dalam badan kita.
Yang mana ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan anda.
Kajian menunjukkan polifenol ini dia bantu percepatkan penghasilan mitokondria ini yang mana dia penting untuk memberikan tenaga dalam sel badan.
Ia juga tingkatkan tahap mitokondria tu pada peringkat selular. Ia membolehkan badan kita ni boleh hasilkan lebih banyak mitokondria dan juga mengurangkan keletihan.
Dalam satu kajian makmal terhadap tikus makmal, salah satu jenis polifenol yang dipanggil resveratrol ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan tikus makmal itu untuk berlari, tapi juga dia juga membantu memecahkan lemak dan menguatkan otot.
Jadi that’s why resveratrol ataupun polifenol dikatakan dapat meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot kepada orang dewasa yang lebih tua.
Kebaikan Polifenol #4 : Menjadikan Kulit Tampak Muda dan Glowing
Yang ini paling best, polifenol membantu kulit anda untuk nampak glowing dan lebih muda.
Kajian klinikal terkini menunjukkan bahawa polifenol berpotensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi daripada ultraviolet
Ia juga lindungi daripada serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit. Kulit akan jadi lembut dan berseri.
So secara kesimpulannya polifenol ni dia dapat meningkatkan pengeluaran collagen. Ia juga dapat melicinkan garis garis halus dan kedutan untuk kulit tampak kelihatan lebih muda.
Menarik kan?
Kebaikan Polifenol #5 : Menyokong Keselesaan Sendi
Yang seterusnya, polifenol juga menyokong kesihatan sendi.
Seperti yang kita sedia maklum, osteoarthritis adalah antara penyakit radang sendi yang common. Ia rasa sakit yang teruk, anda akan mengalami kekejangan kaki, pergerakan sendi pun terbatas, serta sukar untuk bergerak.
Kajian yang dilakukan ke atas polifenol mendapati bahawa ia mempunyai keupayaan untuk melindungi kemerosotan tulang rawan kita.
Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan penghasilan tulang rawan dan juga kolagen pada sendi.
Jadi ia sangatlah membantu untuk anda bergerak secara fleksibel, mudah dan selesa.
Kebaikan Polifenol #6 : Menyokong Kesihatan Jantung
Selain itu, pakar kesihatan juga percaya bahawa dengan menambah polifenol dalam diet harian anda boleh meningkatkan kesihatan jantung anda.
Ini kerana sifat antioksidan polifenol ini ia membantu dalam mengurangkan keradangan kronik yang boleh membawa kepada penyakit jantung
Sangat menarik kan?
Kajian saintifik juga ada mengaitkan suplemen polifenol ini dalam membantu untuk mengurangkan tekanan darah.
Tahap kolesterol juga dapat dikurangkan. Kolesterol jahat berkurang, ia meningkatkan pula tahap kolesterol yang baik.
Jadi ia sangat menyokong kesihatan jantung.
Kebaikan Polifenol #7 : Meningkatkan Pertahanan Tubuh Badan
Seterusnya, polifenol juga meningkatkan pertahanan badan.
Macam mana tu?
Dia melindungi sel daripada kerosakan supaya mengekalkan fungsi sel yang optimum.
Jadi, bila fungsi sel pun sendiri sihat, satu badan sistem kita pun akan sihat. Ia meningkatkan tahap antioksida dalam badan. Badan kita pun akan jadi lebih kuat untuk bertindak balas supaya dapat melawan jangkitan serta mempercepatkan tempoh recovery ataupun pemulihan.
Kebaikan Polifenol #8 : Menyokong Kesihatan Reproduktif
Polifenol juga menyokong kesihatan reproduktif.
Quercetin, katexin dan juga resveratrol adalah antara jenis polifenol. Bahan ini dia boleh bertindak sebagai antioksida. Ia melindungi sperma dari tekanan oksidatif.
Selain daripada itu, ia juga mencegah jumlah tekanan oksidatif yang berlebihan yang boleh menjejaskan kepekatan seperma, morfologi dan mortalitinya.
Maksudnya kat sini ia sangat membantu untuk kesihatan reproduktif.
Polifenol Ada Dalam Vivix
Vivix adalah suplemen unggul yang mengandungi Polifenol.
Keistimewaan Vivix Shaklee
- Mempunyai hak ekslusif iaitu 5 paten terhadap Vivix, Shaklee mempatenkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet.
- Merupakan gabungan resveratrol dan 16 jenis polifenol.
- Shaklee mempaten kan “Cold Filling Extraction” Process ekslusif utk Vivix Shaklee.
- Menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh.
- Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix telah dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.
Jika anda ingin info lanjut tentang VIVIX, boleh hubungi saya Ida (0193816167) atau klik http://www.wasap.my/60193816167