7 Tips Kuatkan Motivasi dalam Bisnes Online Anda

7 Tips Kuatkan Motivasi dalam Bisnes Online Anda

Sedar tak sedar, Ida dah lebih 10 tahun buat bisnes online. Ada masa bersemangat, ada masa sangat down. Kenapa kena kekal motivasi? Sebab ia antara penentu kejayaan dalam bisnes online. Ini antara tips kekal motivasi dalam bisnes online anda.

#1 Tetapkan Matlamat dan Milestone yang Jelas:

Tetapkan matlamat kita dengan jelas. Bahagikan kepada milestone yang lebih kecil dan boleh dicapai.

Ia boleh jadikan kita mudah untuk kekal bermotivasi. Semak semula dan kemas kini matlamat kita dari masa ke semasa. Jangan lupa raikan setiap milestone yang dicapai.

#2 Cari Big Why Mengapa Kita Memulakan Bisnes

Setiap apa yang kita buat kena ada sebab. Sama juga dengan bisnes.

Kenalpasti big why kenapa kita memulakan bisnes. Kena jelas dengan visi atau tujuan utama.

Bila tahu big why kita, kita dapat trigger semula motivasi yang bila rasa down. Jangan lupa tulis big why hari-hari, lagi-lagi bila kita down.

#3 Sentiasa berada dengan Circle Positif

Berada bersama circle yang yang bersemangat adalah penting. Setiap orang mesti ada circle ni. Kalau tiada dikeliling kita, di online group atau media sosial pasti ada.

Support dari mereka dapat bantu kita kekal bermotivasi saat kita hadapi cabaran

#4 Cari Inspirasi

Cari sumber-sumber inspirasi yang boleh naikkan semangat. Anda boleh baca buku, dengar podcast, atau cari video inspirasi dari mereka yang berjaya.

Cari apa yang kita boleh belajar daripada journey mereka. Dengarlah kisah jatuh bangun mereka.

Ia boleh hidupkan kembali motivasi. Ia juga boleh jaga fokus pada journey kita sendiri.

JALAN TERUS!

#5 Celebrate Kejayaan Kecil

Ramai yang ingat kejayaan itu yang besar-besar sahaja. Tapi ramai lupa kejayaan kecil yang mereka dapat.

Cek balik kejayaan-kejayaan kecil yang kita dapat. Raikan!

Ia boleh jadi bentuk penghargaan kepada diri kita sendiri. Ia akan tingkatkan motivasi dan keyakinan kita.

Ia juga remind bahawa usaha keras kita semakin hampir dan berbaloi.

#6 Berehat dan ‘Me time’

Buat bisnes tidak mudah. Ada masa kita letih dan penat. Ada masa kita burn out.

Ia buat kita down dan rasa tak bersemangat.

Sekali sekala kita kena ambil masa berehat. Ambil cuti untuk recharge.

Lakukan aktiviti yang buat kita happy. Otak dan badan yang recharged penting untuk motivasi yang longlasting

#7 Pantau prestasi kita

Kita kena rekod achievement kita. Apa learning dan cabaran sepanjang bisnes pun kena rekod.

Ia boleh jadi panduan kita. Baru kita nampak sebenarnya kita dah pergi jauh mana.

Future self kita akan berterima kasih kepada kita bila tengok apa struggle yang berjaya kita tempuh.

Satu hari nanti kita akan cakap “Kalau dulu boleh buat, pasti kali ini boleh juga”

Nak kekal termotivasi ini tak mudah. Proses yang kena sentiasa berterusan tak kisahlah anda buat bisnes biasa atau bisnes online.

Semua itu pasti berbaloi apabila kita capai target yang kita nak.

Just do it and go for it!

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *