7 Tips Cuci Muka Supaya Bebas Jerawat Dan Nampak Bersinar
Muka yang bersih dan tiada jerawat adalah idaman semua wanita. Bila muka kita tiada masalah, kita pun boleh nampak lebih muda dari usia.
Siapa yang tak suka kan?
Rutin bersihkan muka dengan pencuci muka memang amalan kita yang pentingkan muka yang bersih. Tak kisahlah jenama apa, yang penting rutin cuci muka dua kali sehari adalah wajib.
Muka yang bersih boleh elakkan jerawat timbul akibat pori kotor dan tersumbat. Kita bebas keluar tanpa malu ada jerawat hodoh di muka.
Cuma, masih ramai yang tak tahu ada 7 tips Cuci Muka yang mungkin berguna untuk dapatkan muka bebas jerawat dan tanpa masalah.
Tips 1: Cuci muka dua kali sehari.
Setiap pagi dan malam sebelum tidur tanpa gagal. Mesti buat!
Kita memang nampak ia bersih, tapi sebenarnya tak. Ada kotoran yang kita tak boleh nampak dengan mata yang boleh rosakkan kulit.
Jangan malas untuk buang ia.
Tips 2 : Elakkan cuci muka dengan sabun biasa.
Gunakan pencuci muka berkualiti yang sesuai dengan jenis muka anda
Tips 3: Jangan keringkan dengan tuala lap tangan.
Tuala lap tangan tidak bersih. Tidak mustahil jika ada bakteria yang akan kotorkan semula muka anda.
Gunakan tuala muka yang bersih.
Tips 4: Hanya bilas dengan air suam.
Jangan guna air yang terlalu panas atau sejuk. Ia mungkin boleh cederakan kulit.
Tips 5: Exfoliate kulit sekali seminggu.
Exfoliate adalah proses buang sel kulit mati pada muka supaya kulit muka lebih lembut dan cerah.
Sama juga seperti pencuci, tetapi ia berstruktur kasar seperti scrub yang sesuai dengan jenis kulit.
Tips 6 : Buat facial di salon
Walau anda tidak lupa untuk cuci muka setiap hari, luangkan masa untuk membuat facial di salon sekali sekala. Kulit kita perlukan servis juga.
Sama macam kita selalu gosok gigi tetapi tetap jumpa doktor gigi untuk cuci karat-karat degil pada plak gigi.
Tips 7: Berhati-hati ketika cuci di bahagian sekitar mata.
Kulit di sekitar mata adalah kulit paling nipis pada badan kita.
sumber : http://www.discovergoodnutrition.com
Pencuci Muka Terbaik dari Shaklee
- NutriWhite untuk kulit normal
- Enfuselle untuk kulit sensitif
Enfuselle mempunyai 2 kategori iaitu:
- Normal to oily
- Normal to dry
NutriWhite
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
- Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
- Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
- Lembut dan menyegarkan
Enfuselle Normal-Oily
- Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
- Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
- Mencerahkan tona kulit
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik
Enfuselle Normal – Dry
- Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotor, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
- Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
- Mencerahkan tona kulit
- pH yang seimbang
- Hipoalergenik