7 Syarat Wanita Hamil Boleh Buka Puasa

7 Syarat Wanita Hamil Boleh Buka Puasa

Islam sangat indah. Wanita Hamil dan menyusu mempunyai kelonggaran boleh buka puasa.

Ia bergantung kepada keadaan wanita itu namun tidak mustahil jika wanita yang sarat hamil boleh berpuasa sehingga sebulan penuh.

Namun begita menurut Dr Zubaidi, terdapat 7 Syarat Wanita Hamil boleh buka puasa.

1. Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selamat 30 minit hingga sejam

2. Rasa loya dan mula muntah sehingga tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.

3. Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi.

Bila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya.

Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.

4. Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan.

Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan.

Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.

5. Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan.

Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.

6. Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan.

Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.

Jadi, wanita hamil ini boleh buka puasa

7. Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

MUDAHNYA BERPUASA DENGAN SET PUASA SHAKLEE

TESTIMONI 30 : HUWAIDA ABDUL AZIS

Solat perlu diganti dengan solat. Puasa boleh diganti dengan pembayaran fidyah.

Walaupun amalan berpuasa mempunyai rukhsah yang lebih ringan berbanding solat, saya, Huwaida memilih untuk melakukan yang terbaik semasa berpuasa.

Alahan Mengandung dan Menyusu

Sepanjang tiga tahun berturut-turut, saya diberi sedikit ujian pada bulan puasa. Pada bulan Ramadan tahun 2018, saya diuji dengan adanya alahan mengandung.

Terasa betul-betul teruji setiap pagi dan setiap kali mahu memasak untuk berbuka. Tapi, alhamdulillah, makanan berbuka tak perlu dibeli di bazar sepanjang berpuasa.

Satu kejayaan buat saya.

Pada Ramadan tahun 2019, saya terpaksa berpuasa sambil menyusu penuh anak yang baru berusia 3 bulan.

Saya juga berjaya memasak makanan berbuka untuk keluarga sepanjang Ramadan.

Pada tahun ini, Ramadan 2020, saya diuji untuk berpuasa dalam keadaan saya mendapat alahan mengandung dan masih menyusu anak.

Terkena Keracunan Makanan

Dua keadaan ini pada mulanya agak mudah bagi saya. Tapi malangnya pada hari ke-21 saya berpuasa, saya mendapat gejala keracunan makanan.

Saya muntah dan cirit-birit lebih 3 kali.

Memang tak boleh dan tak berdaya nak kekalkan rekod “Ramadan Tanpa Bazar” saya untuk hari ke-21 ni. Tapi, alhamdulillah, saya masih berupaya berpuasa dan uruskan anak-anak.

Bila berbuka, memang tak boleh langsung nak telan nasi. Saya minum air dan buah.

Sahur esoknya pun saya hanya mampu telan 2 hingga 3 suap nasi. Keadaan berterusan sampai hari ke-24 berpuasa. Saya tak mampu menelan makanan pejal seperti nasi lebih pada 3 suapan, tapi alhamdulillah, dah boleh memasak untuk berbuka dan sahur.

Bayangkan, sahur begitu, berbuka juga begitu. Dengan keadaan saya masih perlu menyusu anak dan keletihan dengan alahan mengandung.

Fuh! Jadi, dari mana saya dapat tenaga untuk berpuasa?

Ya, saya dapat tenaga untuk berpuasa dengan set puasa Shaklee.

Bagaimana set ini Membantu saya

Untung rasanya, bila saya tak boleh makan makanan pejal secukupnya, tapi masih boleh minum ESP (Energizing Soy Protein) yang mempunyai glisemik indeks yang rendah. Jadi, boleh kenyang lama.

Saya juga mengambil minuman isotonik, Performance Drink supaya badan tidak terhidrasi. Rugi sangat bila boleh usahakan untuk berpuasa tapi tak usahakan betul-betul.

Selepas bulan Ramadan boleh usahakan untuk berpuasa sunat pula.

Bagi yang mahu dapatkan sokongan untuk berpuasa, marilah cuba set puasa Shaklee ni. Sangat berbaloi. Walaupun berpuasa, badan tak lemau nak bekerja seperti hari-hari biasa.

Terima kasih Shaklee.

Terima Kasih Supermom Shaklee Story!

Untuk Info lanjut berkaitan Set Puasa Shaklee, boleh contact Ida ifaz

Ida Ifaz

One thought on “7 Syarat Wanita Hamil Boleh Buka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *