7 Kebaikan CoQ10 untuk Kulit

7 Kebaikan CoQ10 untuk Kulit

Apa itu CoQ10?

CoQ10 adalah sejenis bahan yang hampir sama macam vitamin, boleh didapati di setiap sel badan. Tubuh kita menghasilkan CoQ10. Salah satu kebaikan coq10 untuk Sel-sel kita adalah untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel.

Tambahan pula, Coenzyme Q10 juga berfungsi sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya. Radikal bebas.

CoQ10 hadir secara semulajadi dalam kuantiti yang sedikit di dalam pelbagai jenis makanan. Kuantiti CoQ10 paling banyak kita boleh dapat di dalam organ dalaman seperti jantung, hati dan ginjal, daging lembu, minyak soya, sardin, makarel dan kacang tanah.

Coenzyme Q10 membantu enzim-enzim lain berfungsi untuk mencerna makanan dan melaksanakan proses badan yang lain. CoQ10 membantu melindungi jantung dan otot rangka.

Walaupun CoQ10 secara semula jadi adalah untuk tenaga, bagus untuk kulit. Berikut adalah kebaikan CoQ10 untuk kulit:

1) Memberi tenaga kepada aktiviti sel

Tenaga ini diperlukan untuk membaiki kerosakan dan memastikan sel kulit sihat. Sel kulit yang aktif menyingkirkan toksin dengan mudah dan boleh menggunakan nutrien dengan lebih baik.

Apabila kulit semakin tua, semua proses ini menjadi perlahan, menyebabkan kulit kusam dan pucat, berkedut. Salah satu kebaikan coq10 adalah kurangkan kulit kusam dengan beri tenaga kepada sel.


2) Kurangkan kerosakan oleh UV matahari

Kulit rosak akibat pendedahan kepada sinaran UV matahari, yang ada radikal bebas, yang boleh merosakkan DNA sel

Salah satu kebaikan coq10 yang mempunyai antioksidan- membantu melindungi kulit pada peringkat sel dari dirosakkan oleh UV matahari dan radikal bebas. Ia berfungsi dengan mengurangkan kehilangan kolagen kulit dan menghalang kerosakan yang disebabkan oleh cahaya


3) Sekatakan tona kulit

CoQ10 berfungsi untuk menyekat tyrosinase, yang mengeluarkan melanin, sekali gus membantu memudarkan dan mencegah bintik-bintik gelap.


4) Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin

CoQ10 menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen dan elastin


5) Mengganti sel kulit mati

Sel kulit yang lebih bertenaga adalah sel kulit yang lebih sihat. Menambah CoQ10 pada penjagaan kulit membolehkan sel menggunakan nutrien lain yang diserap dengan lebih baik.


6) Membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas

Memandangkan CoQ10 membantu tingkatkan aktiviti sel, ini juga bermakna sel boleh menjadi lebih cekap dalam membuang toksin seperti radikal bebas dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkannya


7) Mengurangkan penampilan kedutan dan garis-garis halus

CoQ10 membantu badan anda menghasilkan kolagen dan elastin, sekaligus boleh mengurangkan penampilan garis-garis halus

sumber : https://www.byrdie.com/coq10-skincare-benefits

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *