6 Tips Self-Care Bila Bekerja Dari Rumah

6 Tips Self-Care Bila Bekerja Dari Rumah

Orang kata bekerja dari rumah itu mudah. Iyelah, sambil bekerja boleh jaga rumah. Boleh jimat duit sebab tak perlu keluar ke mana-mana. Tak perlu tukar baju formal atau baju kerja juga.

Tetapi, ramai tidak tahu cabaran bekerja dari rumah sangat tinggi. Jika keluar dari rumah, kita tidak terganggu dengan urusan rumah dan penjagaan anak. Kerja pun boleh dibuat tanpa gangguan sebab ada boundary.

Kerja dari rumah mungkin mengambil masa lebih lama untuk disiapkan. Mental kita akan terbeban, dan hal penjagaan diri sendiri mudah terabai. Kita akan kurang produktif dan kemungkinan besar akan burn-out

Untuk elak perkara ini berlaku, berikut adalah tips untuk self-care dan penjagaan diri untuk anda yang berkerja dari rumah.

Tips 1 : Tetapkan jadual / boundaries

Penting untuk kita ada boundaries antara kerja dan kehidupan peribadi. Tetapkan waktu yang spesifik untuk bekerja.

Mesti beritahu keluarga kita tentang waktu ini supaya mereka faham dan menyokong.

Buat jadual untuk kerja, rehat dan masa bersama keluarga. Bila dah buat jadual, kenalah ikut seboleh mungkin.

Tips 2 : Sediakan ruang tertentu untuk bekerja

Kita kena sediakan ruang khas untuk bekerja. Ruang khas ini boleh bantu kita fokus dan produktif.

Pastikan ruang ini selesa dan anda boleh bekerja tanpa gangguan. Pastikan juga ada kerusi, meja dan alatan yang berkaitan yang berhampiran.

Tak perlu lah kita ke sana-sini untuk dapatkan alatan ketika sedang bekerja yang boleh ganggu fokus kita.

Tips 3 : Mesti ada masa untuk self care / me time

Kerja, kerja juga. Tapi kena ada masa rehat / me time.

Mesti ada masa untuk mandi tanpa terburu-buru, membaca buku, ibadah tanpa diganggu, dan aktiviti hobi yang disukai.

Cari aktiviti yang menggembirakan anda. Ida suka membaca, berkebun dan mengait.

Jangan fikir bila kita ada ‘me time’ ini, kita selfish atau pentingkan diri sendiri. Masa self-care ini penting juga untuk yang kerja dari rumah supaya kita dapat kekalkan energi bekerja dan menjaga keluarga dalam masa yang sama

Tips 4 : Circle yang positif

Walaupun kita berseorangan bila kerja dari rumah, jangan lupa bina circle positif untuk jaga mental dan emosi.

Bina network dengan orang-orang yang sama minat / hobi dan sekali-sekala boleh berjumpa dan buat aktiviti bersama-sama.

Ia juga salah satu self-care yang boleh elak kita dari stress dan burn out.

Tips 5 : Urus masa dengan Efektif

Kerja dari rumah lebih susah nak urus masa dari kerja di office. Banyak aktiviti yang perlukan komitmen kita lagi-lagi dalam ruang yang sama.

Kena buat priority / keutamaan masa satu kerja yang penting, mana satu yang perlu segera. Teknik Pomodoro juga boleh diamalkan. Ida selalu guna teknik ini untuk kekalkan fokus. Caranya adalah dengan bahagi masa 25 minit bekerja tanpa gangguan, dan 5 minit rehat.

Ulang semula untuk sambung kerja. Mesti ada timer countdown sebagai rujukan.

Boleh juga kenalpasti waktu paling produktif untuk kerja paling penting. Ada orang produktif pada waktu pagi, ada juga suka berjaga malam. Ia berbeza ikut orang. Tapi, jangan lupa rehat.

Tips 6 : Delegasi Kerja

Tak perlu jadi superwoman ye. Anda tak perlu rasa kena buat semua kerja. Kena jadi smart. Kalau ada kerja yang kita boleh delegasikan kepada orang, kena buat.

Libatkan ahli keluarga kita untuk kerja-kerja rumah. Dapatkan bantuan dan sokongan supaya tidak terbeban dengan kerja dan urusan rumah.

Sebagai seorang ibu yang bekerja dari rumah, kita tak boleh lupa jaga diri sendiri.

Dengan amalkan tips self care ini, anda boleh uruskan masa dengan efektif, jaga kesihatan fizikal dan emosi.

Ibu yang tenang dan terurus diri dan masa lebih mudah berjaya dan kekal bertenaga. Ida doakan semua ibu-ibu lebih berjaya.

Jom bekerja dari rumah dengan Shaklee

Tahukah anda, dengan Shaklee, anda boleh dapatkan gaji seperti bekerja di office tanpa keluar rumah?

Kepada yang berminat nak tahu lanjut cara buat duit dari rumah dengan Shaklee, boleh contact Ida (0193816167) ye.

Ida Ifaz

One thought on “6 Tips Self-Care Bila Bekerja Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *