5 Keperluan Wanita Mengandung Kali Pertama
Anda Ibu mengandung kali pertama? Tak tahu apa nak buat bila dah dapat tahu mengandung? jom baca apa yang anda perlu tahu dan checklist yang perlu anda buat sebagai wanita mengandung.
#1 Buat Pemeriksaan Kehamilan
Bila haid datang lewat, ramai wanita akan teruja untuk beli pregnancy tester di farmasi. Biasanya yang pertama kali bakal menjadi ibu atau yang baru berkahwin.
Keinginan ingin dapat anak sangat-sangat tinggi, dan ramai yang teruja.
Ya, ia adalah langkah betul jika nak cek adakah anda mengandung atau tidak. Namun, selepas tester tunjuk positif, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor untuk sahkan kandungan.
Anda boleh sahaja pergi ke mana-mana klinik, lebih baik jika mereka ada buat pemeriksaan ultrasound sekali. Kemudian, boleh terus buka buku pink
#2 Makanan Seimbang.
Yang ini, sangat-sangat penting. Wanita mengandung sudah tidak boleh sebarang makan terutama apabila mengandung kali pertama. Masa inilah kita nak cek ketahanan badan kita dengan makanan-makanan tertentu.
Bayi dalam kandungan sangat perlukan nutrien seimbang untuk membesar dengan baik. Bayi hanya dapat nutrien dari apa yang di makan oleh ibu.
Antara nutrien yang wajib ada untuk ibu mengandung adalah
- Asid folik
- Zat besi
- Kalsium
- Protein
Pemilihan makanan mesti ada nutrien ini. Ia bukan sahaja penting untuk ibu mengandung untuk kekal bertenaga dan sihat, Ia juga penting untuk bayi dalam kandungan.
Anda juga digalakkan ambil supplemen prenatal untuk mencukupkan nutrien dalam badan.
#3 Buat Pemeriksaan Berkala untuk wanita Mengandung
Selepas dapat buku Pink, wanita mengandung kena patuh segala pemeriksaan berkala oleh pihak klinik atau hospital.
Biasanya pada pemeriksaan kali pertama, ia akan ambil masa agak lama. Status kesihatan di periksa melalui darah dan air kencing serta ultrasound. Pemeriksaan seterusnya mungkin akan lebih singkat jika wanita mengandung tiada masalah kesihatan atau penyakit.
Antara perkara akan dilakukan di pemeriksaan susulan menurut web MyHealth:
- Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
- Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
- Ujian air kencing untuk protein dan gula.
- Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
- Kedudukan janin
- Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
- Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
- Denyutan jantung janin akan direkodkan.
- Imunisasi (diberikan bila sampai tempoh).
- Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
Baca lanjut : 6 Cara Atasi Gastrik ketika Hamil
# 4 Gaya Hidup Sihat Wanita Mengandung
Wanita mengandung dinasihatkan menjaga kesihatan dan mengambil makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein dan kalsium serta melakukan aktiviti senaman bersesuaian.
Kehamilan tidak seharusnya menyekat ibu mengandung daripada mengamalkan gaya hidup aktif bagi mengelak obesiti, kencing manis dan penyakit lain.
Bagaimanapun, wanita mengandung perlu tahu apa senaman yang sesuai mengikut usia kandungan, selain memastikan tiada masalah seperti kedudukan uri di bawah atau ada masalah pada pangkal rahim dan sebagainya,” nasihat Dr Janani di web Berita Harian.
Di bawah adalah cadangan senaman untuk wanita mengandung.
#5 Tambah ilmu kehamilan dan join kelas antenatal
Hidup kita selepas mengandung akan banyak berubah. Ada masa kita rasa ada culture shock dan boleh buat kita depress.
Oleh itu, wanita mengandung kena banyakkan membaca berkaitan kehamilan dan join kelas antenatal supaya dapat belajar banyak perkara berkaitan fasa mengandung dan bersalin.
Dari web ibuzarith.com, Zarith ada berkongsi apa yang dipelajari di kelas antenatal yang dihadirinya. Antara ilmu yang dipelajari adalah:
- Bagaimana hendak mengatasi perubahan kehamilan
- Senaman yang berterusan semasa kehamilan
- Penjagaan bahagian belakang untuk mengelakkan sakit dengan lebih baik
- Nasihat pemakanan
- Informasi mengenai sakit bersalin dan kelahiran anak
- Perubahan pada wanita selepas kehadiran baby dan apa yang akan kita hadapi semasa tempoh selepas bersalin
- Senaman lantai pelvis
- Hilang berat badan selepas kelahiran
- Penjagaan untuk baby yang baru lahir serta menjadi seorang ibu
- Pengurusan kesakitan semasa bersalin
Ingat, setiap kehamilan unik. Jangan takut tanya soalan atau minta nasihat doktor. Dengan perhatian dan penjagaan yang betul, anda boleh menjalani kehamilan dengan lebih yakin dan sihat. Semoga semuanya berjalan lancar!
One thought on “5 Keperluan Wanita Mengandung Kali Pertama”