5 Kelebihan Senaman Untuk Kesihatan Mental

5 Kelebihan Senaman Untuk Kesihatan Mental

Senaman bukan sekadar tingkatkan keaktifan badan dan saiz otot, senaman boleh meningkatkan kesihatan fizikal , kurangkan saiz pinggang, meningkatkan libido, dan juga memanjangkan umur. Tetapi itu bukan motivasi ramai orang untuk terus aktif.

Ada yang kerap bersenam sebab ia memberikan impak lebih besar. Mereka berasa lebih bertenaga sepanjang hari, tidur lebih lena pada waktu malam, mempunyai ingatan yang lebih tajam, dan berasa lebih santai dan positif.

Dan ia juga merupakan ‘ubat ‘penawar’ yang baik untuk kesihatan mental yang tidak teruk

Senaman yang kerap boleh memberi kesan positif terhadap kemurungan, depresi, dan ADHD. Ia juga kurangkan stress, meningkatkan daya ingatan, membantu untuk tidur lebih nyenyak dan menaikkan mood.

Anda tidak perlu senaman secara berlebihan untuk dapat semua faedah itu. Kajian menunjukkan senaman yang sederhana boleh masih boleh memberi impak ketara. Tidak kira umur atau tahap kecergasan anda, anda boleh jadikan senaman sebagai salah satu cara untuk mengurangkan masalah kesihatan mental, meningkatkan tenaga dan menjadi lebih positif

Senaman dan Depresi

Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh merawat kemurungan dari yang ringan hingga sederhana dengan berkesan seperti ubat antidepresan-tetapi sudah tentu tanpa kesan sampingan.

Kajian terbaru yang dilakukan oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health mendapati bahawa berlari selama 15 minit sehari atau berjalan selama sejam mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 26%. Selain mengurangkan gejala kemurungan, kajian juga menunjukkan bahawa kekal dengan jadual senaman boleh menghalang anda daripada diserang relapse.

Senaman adalah cara kurangkan depresi dengan beberapa cara. Ia meningkatkan fungsi otak, termasuk pertumbuhan saraf, mengurangkan keradangan, dan mencetus fungsi otak baru yang memberikan rasa tenang. Ia juga membebaskan endorfin, sejenis bahan kimia dalam otak yang memberi semangat dan membuatkan anda berasa gembira.

Senaman juga membolehkan anda rasa tenang dan menghalang dari sentiasa berfikiran negatif yang membawa kepada kemurungan.

Senaman dan anxiety

Senaman adalah salah satu rawatan anxiety semulajadi dan berkesan. Ia melegakan ketegangan dan tekanan, meningkatkan tenaga fizikal dan mental, dan meningkatkan rasa tenang melalui penghasilan endorfin.

Asalkan anda bergerak aktif sahaja, boleh beri impak baik, tetapi adalah lebih bagus jika fokus pada senaman daripada hanya sekadar berlari.

Cuba fokus pada hentakan kaki, atau pada pernafasan anda, atau rasa angin pada kulit ketika berlari. Dengan fokus kepada sekecil-kecil perubahan ini, anda bukan sahaja akan meningkatkan kesihatan fizikal dengan lebih cepat, tetapi juga mungkin dapat kurangkan anxiety.

Senaman dan ADHD

Bersenam dengan kerap adalah salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan gejala ADHD dan meningkatkan fokus, motivasi, memori dan mood. Ia meningkatkan tahap dopamin, norepinephrine dan serotonin otak serta merta— memberi impak positif kepada fokus. Dengan kata lain, senaman berfungsi dengan cara yang sama seperti ubat ADHD seperti Ritalin dan Adderall.

Senaman dan PTSD / Trauma

Kajian menunjukkan dengan fokus dan betul-betul menghayati gerakan badan ketika senaman, ia boleh bantu sistem saraf berfungsi dengan lebih baik. Ia juga hilangkan stress yang merupakan simptom PTSD atau trauma.

Daripada membiarkan fikiran berfikir bukan-bukan, fokus kepada sendi dan otot anda ketika bersenam. Senaman yang melibatkan pergerakan silang dan melibatkan kedua-dua lengan dan kaki—seperti berjalan (terutamanya dalam pasir), berlari, berenang, latihan bebanan atau menari terbaik untuk pesakit PTSD atau yang ada trauma.

Aktiviti luar seperti mendaki, belayar, berbasikal gunung, rock climbing, rafting dan bermain ski (menuruni bukit dan merentas desa) juga telah terbukti dapat mengurangkan gejala PTSD.

sumber : https://www.helpguide.org/articles/healthy-living/the-mental-health-benefits-of-exercise.htm

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *