4 Strategi Menangkap Pelajar Meniru | Pengalaman Sendiri Menangkap 14 Orang Pelajar Meniru
Sekarang musim peperiksaaan di tempat saya bertugas. Setiap kali musim peperiksaan, saya sangat merindui menjaga peperiksaan, kerana kini saya sudah tidak bertugas kerana menjawat jawatan Ketua Program.
Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.
Yang salah tetap salah. Meniru adalah satu kesalahan dalam peperiksaan. Mungkin apa yang saya kongsikan ini boleh membantu pensyarah lain mengesan pesalah yang tak rasa bersalah ini.
Ia mungkin juga berbeza mengikut keadaan dan situasi. Tidak mungkin boleh menjadi panduan kepada semua orang.
(copy paste dari blog personal saya ye. )
Mengimbau kenangan zaman menjaga exam, saya suka jaga exam semester akhir. Siap bagitau kat pembuat jadual pengawas exam supaya letakkan saya mengawas kelas semester akhir.
Strategi pertama: Tengok tempat mereka duduk.
Strategi kedua: Kepala mereka sentiasa tegak, dan suka mencari mana pengawas
Biasanya, pelajar yg menghadapi peperiksaan akan tunduk khusyuk menjawab. Mereka hanya angkat kepala ketika mereka berfikir dan melihat kosong kesuatu tempat, jika mereka tengok kita sebagai pengawas, mereka tak akan tengok lama. Muka tenang dan tiada masalah.
Pelajar yang ingin meniru, suka mencari di mana pengawas berada. Jika kita berada di belakang mereka pun, mereka akan toleh.
Strategi ketiga: Mereka takkan buat apa-apa a.k.a menulis kertas jawapan ketika pengawas dekat, tapi masa kita jauh, sibuk menulis cepat-cepat.
Biasanya, setengah jam pertama, mereka takkan meniru dulu. Ya. Pengawas boleh bersenang-lenang pada setengah jam yang pertama.
Strategi keempat: Mereka menyimpan ‘toyol’ dicelah-celah kertas soalan/ jawapan.
Strategi ini mungkin tidak tepat. Tapi, biasanya saya berjaya dapat.
Pelajar wanita kini semakin cerdik. Ada diantara mereka yang menyorokkan nota di celahan baju kurung dan digulung baju kurung supaya sukar dijumpai.
Strategi Terbaru
Strategi terbaru sekarang adalah menggunakan handset, handset semakin nipis, boleh slide plak tu. Ramai yang telah tertangkap dengan meniru cara begitu. Lagi mudah tangkap sebenarnya.
Ada satu sahaja cara untuk seorang pelajar ‘mengalahkan’ saya dari mengesan dia meniru.
Soalan Paling Kelakar
“Macamana puan boleh nampak saya meniru? Puan ada pasang CCTV ye?”
Mungkin dia tak sangka, saya boleh nampak dia bawa ‘toyol’
Haha. Kuasa Allah. Saya hanya dipinjamkan kekuatan dan kelebihan sahaja.
Pesanan kepada mereka yg meniru