4 Cara Marah Anak Supaya Anak Lebih Mudah Terima dan Sayang Kita
Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua. Hari ni saya terpanggil untuk share satu ilmu Parenting / keibubapaan dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang lebih baik.
Perkongsian ini adalah dari Pakar Ilmu Parenting iaitu Ibu Rozieta di page beliau: Ibu Rose – Mesejnya Kasih.
(sila klik link untuk melihat post asal)
Bila kata marah, mustahil tak ada ibu bapa yang tak marah anak. Memang antara tujuan kita marah adalah untuk mendidik dan tidak mahu anak kita buat kesilapan yang sama lagi.
Tapi, bila marah, pasti tidak disukai. Bila marah, kebanyakan dari kita sebagai ibu bapa terlalu ikut emosi. Anak yang kurang matang ditengking dan dihina serta sehingga dipukul tanpa belas.
Akhirnya tujuan kita marah mereka tadi dah bertukar jadi negatif. Anak lebih menjauh, tak mahu dengar kata dan lebih selesa meluahkan kepada rakan dan bukan ibu ayah.
Ibu Rose adalah memberikan 4 cara marah anak supaya anak boleh terima dan sayang kita.
Cara 1: Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak.
Cara 2: Marah Perbuatan dan Jangan Hina
Atau.
Cara 3 – Kuatkan Sangkaan Baik Kepada Anak.
Di dalam hati, kuatkan sangkaan baik kepada anak dan tahu DIA AKAN BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPANNYA.
Cara 4 – Sebut Syukur, Puji dan Hargai Dia Bila Dia Berubah dan Membetulkan Kesilapan
Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.
1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda ‘state’ dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).
2- ANALISA KEADAAN. Tengok punca.
3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,
1-sebut kebaikan dia,
2- tegur perbuatannya yang salah
3- ingatkan dia anak yang baik dan anda sayang dia walaupun dia tersilap asalkan dia mahu membetulkan kesilapan.
4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.
Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda RASA SELAMAT dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya.
Semoga ini membantu.
Ibu Rose
Ibu xblh emosi.Beremosi tu yang menjadikan rasa nak marah.jom cuba berhikmah.
tapi kadang kita dah didik anak kita betoi elok2. bila pegi rumah orang atau mana2 bila anak terrrr buat salah .terus orang tu marah anak kita bukan dengan cara kita. stressss rasa haaaaa