6 Menu Masak Sendiri Paling Banyak Dijumpai di ‘Hari Raya’ Open House

Tak. Ni bukan post untuk siapa yang cari resepi menu di ‘Hari Raya’ Open House. Ini cuma post santai share Menu paling banyak jumpa di open house.

Sejujurnya saya juga tak pernah anjurkan open house. Tapi, saya suka observe menu masak sendiri yang biasa tuan rumah buat.

So, maybe boleh bagi idea untuk mereka yang nak berjimat dan taknak tempah untuk open house.

Idea dari Arwah Mak Mertua

Setiap kali raya, arwah mak mertua akan buat open house pada hari raya kedua atau ketiga. Penuh rumah arwah mak mertua dengan saudara mara dari pagi hingga malam.

Semua menu untuk Hari Raya Open House adalah gotong royong masak sendiri

1) Jenis Mee Berkuah / Laksa

Menu paling popular dan mudah adalah yang jenis Mee berkuah seperti Mee / Bihun Sup, Mee / Bihun Kari

Menu seperti ini mudah dibuat banyak. Hanya masak SATU masakan berkuah (sup/kari) dengan banyak dengan celur bahan UTAMA sahaja – Mee / Bihun.

Bahan-bahan sampingan juga tidak susah untuk disediakan – sambal, telur rebus, dauh sup

2) Soto

Soto juga mudah dan sangat popular dimasak untuk open house. Mungkin bergedel sahaja yang agak cerewet untuk dibuat, tetapi bahan lain mudah sahaja untuk disediakan.

Nasi impit yang direbus, Suun yang digoreng, Sup soto, kacang dan sambal.

Mudah juga di ‘top-up’ bila berkurang dan dipanaskan bila sudah sejuk

3) Nasi Minyak / Nasi Tomato

Menu nasi ini juga tidak perlu ada banyak variasi lauk seperti lauk bercampur. Paling simple mesti ada nasi, ayam masak merah dan acar.

Mungkin boleh tambah satu lagi lauk – Kurma Daging sebagai tambahan.

4) Menu hari raya – ketupat + kuah kacang + rendang

Menu ni memang selalu ada di open house. Tetapi biasanya ia bukan jadi menu utama. Ramai yang memilih untuk makan nasi / mee

5) Mee / Bihun Goreng

Ini menu paling mudah nak disediakan. Ia juga boleh dijadikan menu utama. Namun, untuk jumlah pengunjung yang ramai, agak sukar juga untuk ‘top-up’ menu bergoreng kerana biasanya kita tidak mahu bersusah lagi menggoreng beberapa kali.

Ia juga sukar dipanaskan apabila telah sejuk.

6) Spageti

Menu ini biasanya bukan menu utama tetapi popular dikalangan kanak-kanak. Ada juga orang dewasa yang menyukai menu western seperti ini tetapi biasanya ia dibuat untuk memenuhi selera kanak-kanak.

Anda ada idea menu lain? Setuju tak dengan idea ini?

Bolehlah cuba cari resepi menu-menu ini kalau nak buat open house nanti

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *