[23k Share di FB] 24 Pesanan Dr Hamit Arshat Tentang Kesihatan Wanita
23,000 Share dalam masa 19 jam?
Tak percaya kan? Boleh tengok gambar screenshot ni
24 pesanan ni memang berbaloi di baca. Sangat berguna.
PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA
1. Jaga Kesihatan Sebelum Ditimpa Penyakit
2. Cegah Lebih Baik
3. Doa
4. Jangan Bergantung Dengan Ubat
5. Dua Punca Penyakit
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Tabiat Makan
7. Makan Bila Lapar
8. Mula Makan dengan Buah
9. Minuman Terbaik
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO)
Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang.
Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Ulam
Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser.
Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Makanan untuk wanita menopos
Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress
Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja.
Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Ibadah
Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah.
Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Hubungan dengan manusia
Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri.
Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Exercise
Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.
17. Deep Breathing
Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Kesan ketulan di payu dara
Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Pap Smear
Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Berat Badan
Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg.
Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Buat Pemeriksaan
Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid .
Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut.
22. Vitamin
Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.
23. Suplemen
Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Makanan selepas bedah
Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”
Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.