12 Tips Simpan Susu Ibu EBM
Dah 4 tahun Ida tinggalkan hal ehwal simpan susu ibu ni. Bila anak kelima ni lahir, maka terfikir nak buat satu entry blog sambil buat revision semula.
Kebetulan belum ada lagi entry berkaitan dengan cara simpan susu ibu EBM ni dalam blog Tip Sihat Selalu.
Menjelang hari ke 24 berpantang, Ida dah mula buat stok EBM terutama untuk bekerja dan bulan puasa yang akan menjelang lebih kurang 40 hari lagi.
Setelah survey, Ida ada jumpa satu web yang sangat membantu.
Ida pasti kita akan sama-sama mahir tentang cara simpan susu EBM lepas baca artikel ni.
Berapa lama susu ibu ni boleh disimpan?
Benda ni memang dah lama Ida tak ambil tahu. Jadi confuse. Jom sama-sama kita refresh ilmu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni.
Ada 4 jangka masa yang kita boleh ikut untuk simpan susu ibu.
Suhu Bilik : 4 jam
Peti Ais : 48 jam
Peti Ais 2 Pintu (bahagian beku): 3 bulan
Deep Freezer : (-5 darjah celcius) : 6 bulan
Jom semak 15 Tips Simpan Susu EBM pula
1. Label kan semua bekas dengan tarikh sekali
2. EBM sebenarnya boleh disimpan lebih lama
3. Bekukan EBM hanya jika tak nak guna dalam 48 jam
Untuk kekalkan kualiti antimicrobial dalam susu ibu, susu segar sebenarnya lebih baik dari yang disejukkan, yang disejukkan lebih baik dari dibekukan. Kalau rasa-rasa memang nak guna dalam 48 jam, tak perlu bekukan. Apapun, EBM beku JAUH lebih baik dari susu formula.
4. Jangan isi EBM sampai penuh.
Bila EBM membeku, ia akan mengembang. Kalau nak simpan, pastikan tinggalkan sikit ruang dalam plastik simpanan.
5. Bekukan EBM dalam 1 atau 2 auns
6. Simpan susu dalam bekas kecil untuk bagi semangat.
7. Guna bekas bebas BPA
8. Boleh ke kita campur susu baru perah dengan susu yang dah dibekukan?
9. Guna bekas bersih untuk simpan EBM
10. EBM boleh terasing dan boleh jadi banyak warna
11. Cairkan dan terus panaskan EBM dalam masa yg sama.
12. Jika anda guna plastik susu, pilih yang sesuai
Ida pasti ramai ibu-ibu dah nampak lebih jelas cara simpan susu dengan betul. Jom berikan yang terbaik untuk anak kita.
Susu ibu adalah TERBAIK.