10 sebab utama sukar dapat anak / tidak subur
Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya nak cepat dapat anak. Anak adalah impian indah setiap pasangan suami istri. Apabila disahkan mengandung, si bakal ibu dan bakal bapa pasti yang paling gembira dan tak sabar-sabar nak tunggu kelahiran. Memang itulah saat yang mereka tunggu-tunggu.
Ada pasangan yang mudah dapat anak, ada juga pasangan yang perlu tunggu sampai bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada yang dah cuba macam-macam cara, tetapi masih lagi beluma ada rezeki. Stres pun ada lebih-lebih lagi bila ramai kenalan bertanya bila nak dapat anak.
Kesian sangat kan.
Ramai yang tak tahu, punca-punca kenapa tak subur dan sukar dapat anak. Menurut web natural-fertility-info.com, ada 10 sebab utama kenapa pasangan tidak subur atau sukar dapat anak.
Sebab #1 : Kecelaruan Ovulasi
Ovulasi tu adalah proses ovari keluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku sebulan sekali. Ovulasi berlaku 2 minggu sebelum period biasanya.
Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Atas nama lain, bila ovulasi tak stabil dan celaru, maka bilangan hari period jadi tak normal. Ada yang period beberapa hari aje, ada pula yang lama sampai berbulan-bulan. Normal cycle adalah 28 hari.
Hormon yang tak stabil adalah punca utama berlakunya ovulasi yang tak betul dan tak normal ni.
Rupa-rupanya ada banyak faktor yang menyebabkan hormon tak stabil ni:
– Telur tak sihat
– ada masalah pada kelenjar endokrin
– kurang nutrisi
– stress
– Xenohormones
– Gaya hidup yang tak sihat
– Kurang berat badan
– Obesiti
– Penggunaan ubatan yang mempunyai hormon, contoh pil perancang
– masalah genetik
Sebab #2 : Bilangan Sperma yang Kurang
Menurut doktor, bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam satu mL. Kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana bilangan sperma yang kurang.
Ada beberapa sebab masalah sperma yang kurang”
– Gaya hidup tidak sihat – merokok, pemakanan tidak terjaga, stress, pencemaran, masalah pakaian yang ketat
– antibodi yang anti-sperma
– masalah genetik
– organ peranakan yang rosak
– Sakit contohnya sedang membuat kemoterapi barah
Sebab #3: Sperma tidak sihat
Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma, ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA). 25% kes ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang tidak sihat.
Sebab ini lebih kurang sama dengan sebab kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.
Sebab #4: Tibu Fallopio Tersumbat
Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat, telur tidak boleh keluar. Antara sebab tiub fallopio tersumbat adalah :
– Penyakit Inflamasi Pelvik (PID)
– Endometriosis
– Fibroid
– Mengandung Luar Rahim
25% daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio yang tersumbat
Sebab #5: Endometriosis
Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika period. Bila ia melekat pada bahagian badan yang lain dan kadang-kadang berlaku berdarahan di tempat tersebut.
35-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. Ia adalah 2 – 3 kali ganda dari kadar ketidaksuburan dalam masyarakat kita.
Sebab #6: Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)
Sindrom ini terjadi adalah dari hormon badan yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil, kitaran period terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cysts kecil di ovari dan hirsutism (lebihan bulu pada badan/rambut gugur). Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom, ada yg ada 2 – 3 simptom sahaja. Ia dikesan dialami oleh 4-18% wanita.
Sebab #7: Telur yang tak sihat
Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada kesihatan ovari dan telur termasuk faktor persekitaran, hormon, stress, cara hidup dan penuaan
Nota penting: Masalah bilangan folikel yang rendah dengan telur yang tidak sihat sebelum umur 40 mungkin tanda Kegagalan Ovarian Pramatang / Premature Ovarian Failure (POF)
Berikut adalah sebab-sebab telur menjadi tidak sihat.
– Gaya hidup yang tidak sihat – merokok, tak jaga makan, stress, pencemaran
– Hormon tidak seimbang
– Genetik
– Organ peranakan yang rosak
– Sakit seperti menjalani kemoterapi kerana barah
– Kecelaruan auto-immune
– Penuaan
sumber : http://natural-fertility-info.com
Produk Shaklee untuk memperbaiki hormon yang tidak stabil adalah GLA Compleks.
Ia juga boleh bantu kecutkan cyst / endometriosis