10 Perkara Asas Kena Buat Selepas Mendaftar Sebagai Pengedar

10 Perkara Asas Kena Buat Selepas Mendaftar Sebagai Pengedar

Saya ada baca Rahsia berjaya dalam bisnes direct selling untuk Pengedar baru dalam buku “Direct Selling Success” oleh Randy Gage.

Beliau listkan 10 perkara ni untuk Pengedar baru.

1) Beli stok

Untuk mereka yang baru daftar sebagai Pengedar, perkara pertama adalah mesti beli sedikit produk. Bukan stok sampai beribu-ribu ringgit. Stok untuk makan sendiri dan sedikit stok untuk mula dan Bina bisnes.

Jangan lupa beli sekali untuk buat sample dan demo kepada prospek

Penting untuk makan sendiri produk yang di jual supaya dapat rasa sendiri bagusnya produk tu. Barulah mudah nak buat bisnes.

2) Belajar Asas Beli dan Enroll

Belajar cara order barang sendiri di Web atau di branch. Belajar juga cara Nak enroll distributor dan ahli baru

3) Medium berhubung dengan ahli yg ditaja

Pastikan ada cara berhubung yang baik dengan ahli yg ditaja supaya mudah untuk share info maklumat (Mesej, Group FB atau WhatsApp, Email List)

4) Review Polisi Syarikat

Baca semua policy dan PnR Syarikat serta Kod Etika.

5) Apply Kad Kredit

Sediakan kad kredit berasingan untuk bisnes jika anda serius utk bisnes.

6) Pastikan Pergi Event Besar

Mana-mana Syarikat Direct Selling biasanya akan buat 2 hingga 4 event besar untuk bantu anda Bina bisnes. Banyak juga antara Konten event yang sediakan training. Ada training yang untuk level tinggi, ada yang semua distributor boleh hadir.

Hadir ke Event besar ni boleh Beri peluang untuk connect with leaders. Siapa yang pilih utk pergi event biasanya serius nak Bina bisnes. Boleh tambah ilmu produk dan bisnes dalam diri dengan cepat dengan hadir event macam ni

7) Buat Target

Awal-awal lagi dah kena buat target. Seawal selepas mendaftar. Kalau nak capai target, Mesti tahu apa yang nak di target.

Kalau nak capai rank, kena tapi apa requirement rank tersebut. Kemudian, kena buat jadual / langkah-langkah cara Nak dapat.

Tulis satu cerita pendek tentang KENAPA nak capai target tu. Pastikan anda betul-betul nak dapat emotionally.

Target yang kita buat bukan buat kita semangat. Tapi perasaan Kenapa nak capai target itu yang buat kita sentiasa termotivasi.

Tahun pertama dan kedua adalah fasa paling mencabar. Kena jelas dengan KENAPA kita nak capai target tu akan buat kita tidak mudah down. Pastikan ada tampal Dream Board dan lihat ia selalu.

8) Masa untuk Bisnes (Paling PENTING)

Rahsia untuk bisnes cepat berkembang adalah dengan luangkan masa untuk aktiviti bisnes. Mesti luangkan at least 10 – 15 jam seminggu untuk aktiviti bisnes.

Nampak macam sikit je, ia yang beri kesan positif pada bisnes. Konsisten dan disiplin adalah Kunci utama.

9) Beli Tools Pembinaan Bisnes.

Tools ni mengandungi info penting berkaitan produk dan peluang bisnes dalam bentuk profesional. Ia penting untuk setiap bisnes direct selling.

Dengan tools ni, anda tak perlu jadi expert dulu untuk cipta kejayaan. Gunakan tools sebaiknya. Dengan guna tools, semua org yang tiada pengalaman, training, bakat menjual, kemahiran tertentu pun boleh buat bisnes ni. Sebab dengan tools, bisnes ni mudah utk duplicate.

10) Cukupkan list calon

Ini juga step yang penting sebagai seorang Pengedar. Anda kena ada ratusan list calon untuk didekati dan memperkenalkan bisnes dan produk anda.

Syarat penting untuk buat list calon – Jangan pre-judge. Walaupun kita nampak dia dah banyak duit, kita Jangan takut list kan sebagai calon.

Mungkin dalam 100 orang, 3 daripadanya akan capai rank Tertinggi, 6 daripadanya level ketiga tinggi, 20 daripadanya buat bisnes secara part time dan selebihnya adalah pelanggan. Mana kita tahu kan?

Jika mereka ada dalam phone list dan email list, atau friend di FB, ia tetap boleh jadi calon.

Kenapa Kena ada ada list yang banyak? Sebab ia akan control rasa confidence kita bila approach orang. Kalau kita ada 200 calon, 4 orang dah tak minat, kita masih lagi boleh kekal positif. Sebab secara psikologi, kita ada 196 peluang lagi.

Tapi bila kita ada 10 nama je, hanya berapa peluang aje kita nampak yang tinggal secara psikologi. Mudah aje nak rasa down.

Jom sertai kami untuk peluang tambah income bersama SHAKLEE

Ida Ifaz
Email: idafadliza@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 019-3816167 (http://www.wasap.my/60193816167/)
COD Area: Kuantan, Balok, Pelindung, Indera Mahkota, Semambu

Ida Ifaz

One thought on “10 Perkara Asas Kena Buat Selepas Mendaftar Sebagai Pengedar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *