10 Makanan Utama Bantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh
Makanan # 1: Protein
Makanan #2 : Yogurt/ Kefir (Tenusu yg diperam)
Makanan # 3: Serat
Baca: 6 Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi
Makanan #4 : Buah-buahan Berwarna
Orang lepas pembedahan akan alami stress. Stress dan ubat hospital boleh tambah beban bahan teroksida dalam badan.
Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.
Kita biasa ambil makanan antioksida untuk kurangkan masalah-masalah ini, tetapi ia sangat-sangat diperlukan selepas pembedahan.
Kita perlu makan lebih banyak makanan antioksida selepas pembedahan dengan makan buahan yang berwarna seperti strawberry, blueberry, raspberry dan delima.
Buah-buahan ini ada anthocyanidins, bahan yang boleh bukan sahaja tingkatkan vitamin C tapi kuatkan kapilari/saluran darah dan kuatkan kolagen tisu badan.
Makanan #5 : Ubi manis(sweet potato) dan Sayuran
Ubi manis ada kandungan beta keroten atau pro-Vitamin A yang hebat. Vitamin A diperlukan untuk baiki dan pulihkan tisu lembut, membran mukus dan kulit.
Dicadangkan untuk kita ambil lebih Vitamin ini (lebih kurang 10,000 IU Vitamin A dan 15,000 IU beta keroten ) selepas pembedahan.
Ubi manis tak seperti ubi biasa, sebab tak banyak kanji dan ada lebih kurang 4 grams serat setiap hidangan.
Sumber beta keroten yang lain adalah seperti karot, sayuran hijau seperti kailan, tembikai susu, mangga dan aprikot kering
Makanan #6 : Cili Benggala dan Buahan Sitrus
Kita orang Melayu tak biasa makan cili jenis ni, tapi rupanya cili benggala ni ada kandungan vitamin C lebih tinggi dari Oren. Cili Benggala saiz sederhana ada 340mg Vitamin C.
Vitamin C adalah vitamin larut air yang bantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan bila kita luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkan luka.
Stress boleh hilangkan kandungan Vitamin c dalam badan, jadi orang yang lepas pembedahan sangat-sangat perlukan lebih Vitamin C sehari (lebih dari 900mg sehari dalam dos yg diasingkan)
Sumber vitamin c lain adalah buah jambu batu, kailan, buahan sitrus, buah kiwi dan brokoli.
Makanan #7 : Sayuran Cruciferous
Imun badan yang tinggi boleh elak jangkitan pada luka selepas pembedahan. Sayuran cruciferous seperti brussel sprouts, kobis dan kobis bunga bagus di makan.
Ini kerana ia ada phytonutrient yang boleh kuatkan imun badan.
Makanan #8 : Cendawan
Ini ilmu baru bagi Ida. Tak sangka cendawan bagus untuk orang lepas pembedahan.
Cendawan juga boleh bantu kuatkan sistem imun. Kajian terbaru ada menyatakan mereka yang makan 4oz hidangan cendawan Shiitake setiap hari boleh tingkatkan fungsi T-Cells Gamma Delta (salah satu sistem imun) dan kurangkan masalah keradangan protein.
Dua cendawan lain yang boleh kuatkan imun adalah cendawan Maitakes dan Reishi.
Cendawan sedap dimakan secara goreng atau grill. Ia juga popular dibuat sup.
Makanan #9 : Kekacang dan Bijian
Labu, buahan berlabu dan bijan adalah sumber yang baik untuk Zink. Zink bagus untuk kuatkan fungsi imun.
Badan kita perlukan zink untuk bina dan aktifkan sel yang terlibat dalam sistem imun. Zink juga penting untuk baikkan luka dan mineral ini penting untuk sintesis protein dan perkembangan sel.
Tiram mempunyai kandungan zink yang tinggi dan daging merah terutama lembu, kambing dan hati juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.
Makanan #10 : Nenas dan Betik
Nenas dan betik mengandungi enzim protease. Badan kita guna enzim ini untuk pecahkan dan hadamkan protein.
Enzim (bromelain dan papain) juga boleh kurangkan bengkak dan antiradang.
Malangnya, kandungan bromelain paling tinggi adalah pada batangnya yang ramai orang tidak makan.
Supplemen Untuk Luka Pembedahan Cepat Baik : Vivix
Vivix® Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
One thought on “10 Makanan Utama Bantu Luka Pembedahan Cepat Sembuh”