10 Kebaikan Vitamin C untuk Ibu Mengandung

Bila cakap mengandung je, mesti ramai yang ingat Asid Folik. Tapi, tak ramai yang tahu Vitamin C pun penting tau untuk ibu mengandung. Ini 10 kebaikan Vitamin C Shaklee untuk Ibu Mengandung

1. Pertumbuhan Bayi yang Sihat

Vitamin C ni penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Penting untuk pertumbuhan tulang, kulit, dan darah. Ibu mengandung jangan tinggal vitamin C ye jika nak anak membesar dengan sempurna.

2. Sistem Pertahanan Tubuh yang Kuat

Ketika mengandung, sistem pertahanan tubuh ibu mungkin fragile sikit. Mudah kena demam, selsema,batuk dan jatuh sakit.

Sebab itulah vitamin C ni kena ambil. Vitamin ini bantu kuatkan sistem pertahanan tubuh. Vitamin C juga beri perlindungan extra dari penyakit dan jangkitan yang boleh membahayakan ibu dan bayi.

3. Meningkatkan Penyerapan Zat Besi

Masalah anemia adalah perkara biasa berlaku semasa kehamilan. Anemia ni bahaya untuk ibu mengandung. Sebab itu hB darah kita kena dalam level yang selamat.

Vitamin C boleh bantu tingkatkan penyerapan zat besi daripada makanan. Ia juga sekaligus bantu mencegah anemia yang sering kali berlaku ketika mengandung.

4. Pembentukan Kolagen

Kolagen adalah protein penting dalam badan kita. Ia kekalkan keanjalan kulit, saluran darah, tulang, dan tisu-tisu lain.

Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen ini, yang sekaligus kuat dan anjalkan tisu-tisu tersebut.

5. Antioksidan

Vitamin C berperanan sebagai antioksidan. Antioksidan bantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif. Kalau ada banyak kerosakan ni, badan mudah jatuh sakit dan kena jangkitan penyakit

Jadi, penting sangat ibu mengandung ambil Vitamin C yang cukup ye.

6. Luka Cepat Sembuh

Vitamin C juga membantu dalam proses pemulihan luka. Ini berguna ketika memulihkan diri selepas melahirkan, termasuk pemulihan dari episiotomi atau pembedahan caesarean jika diperlukan.

7. Mengurangkan Risiko Preeklamsia

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko preeklamsia, suatu komplikasi serius yang boleh berlaku semasa kehamilan dan boleh membawa maut.

8. Kesihatan Gusi

Setiap kali ke klinik untuk checkup, pemeriksaan gusi dan gigi mesti ada dalam list.

Kesihatan gusi yang baik juga penting semasa kehamilan, dan vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko penyakit gusi yang sering kali berlaku semasa mengandung.

Vitamin C penting untuk ibu hamil. Memastikan pengambilan yang mencukupi melalui makanan seimbang adalah langkah awal yang bijak.

Tapi anda boleh dapatkan suplemen vitamin C tambahan. Dengan penjagaan yang baik terhadap pemakanan, anda boleh membantu memastikan kehamilan yang sihat dan pertumbuhan janin yang sempurna.

Ida Ifaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *